
Aku tak tahu aku mampu atau tidak untuk menjaga ruang terakhir darinya. Benar katanya, mengapa perlu aku menjadi insan yang dia cipta untuk dicinta. Cukuplah sekadar menjadi diriku sendiri yang sedia dicintainya dengan caraku sendiri. Itulah sebenarnya CINTA.
Peluang demi peluang, Ruang berganti ruang hanyalah menambah lukanya, Aku tak bijak dalam menjaga hatinya, aku sering terlupa tentang dirinya yang kini menjadi sebahagian besar dalam hidupku. Aku melayannya hanyalah seperti kawan2ya. Aku akui dia sangat2 kecewa, tapi aku hanya diam membisu. Aku malu, takut untuk menegurnya. Takut menambah lukanya. Tapi seharusnya aku mencuba memujuknya. Bukan kandungan ayat itu yang perlu ku fikirkan, tetapi insiatif aku dalam memujuknya. itulah KESILAPAN yang paling besar aku lakukan.
Sayang,
Cinta,
Rindu,
Itulah yang aku rasakan, tapi bodohnya aku kerana tak tunjukkan padanya rasa yang ada dalam hatiku. Mengapalah aku berkeras sangat? Mengapa aku tetap lakukan perkara yang tak disukainya?
Putus..itulah jalan terakhirnya. Tapi aku tak mahukan. Namun, apabila aku teruskan jua perhubungan ini, dia yang akan teluka. Apabila aku putuskan perhubungan ini, aku pula yang merasa.
Ya Allah, Kau bantulah aku. sesungguhnya aku tengah lemah..
No comments:
Post a Comment