
1. Apabila seorang insan itu menyukai seseorang , biasanya mereka akan rajin menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada si dia. Kadang-kadang bertanya khabar atau sekadar menghantar ayat manis…
2. Golongan ini akan lebih menunjukkan keprihatinan terhadap si dia. Jika dia itu mengalami masalah, mereka akan menjadi pendengar yang baik dan membantu sedaya upaya.
3. Lazimnya, mereka akan berkongsi dengan insan yang disayanginya mengenai perkara yang berlaku dalam hidupnya hari-hari. Sama ada peristiwa gembira atau sedih. Jika hendak ke mana-manapun, kalau boleh mahu si dia menemani.
4. Apabila berjauhan dengan insan yang disukai, mereka akan kelihatan sedih saja.
5. Ada juga yang suka memberi hadiah kepada insan yang dipuja. Bukan hanya pada hari istimewa seperti hari lahir, pergi ke mana-manapun pasti mereka akan belikan cenderahati. Itulah tanda sayang!
No comments:
Post a Comment