Thursday, March 3, 2011

Kerana aku, Pes Yang Tidak Sempurna


Aku xtau ape lg yg aku harus aku lakukan. Aku sgt buntu, mengapa masih dipersoalkan syg aku padanya, Masih kurangkah usaha aku, apa yg kurang?

Demi DIA yg Maha Mengetahui, sesungguhnya aku merendahkan martabat aku sebagai seorang lelaki demi insan yg aku cinta. aku cuba lupuskan ego yg telah lama beraja di hati. Aku cuba sedaya upaya utk tidak mengongkong hidupnya, Aku beri kebebasan padanya. Adakah itu juga kesalahan?

Demi DIA yg mencipta seluruh alam semesta, aku sanggup berkorban apa sahaja. Wang ringgit, masa xpernah menjadi penghalang untuk aku menjadi lelaki untuknya. Lelaki yg berguna, sentiasa ada untuknya, berguna padanya.

Adakah menjadi 1 kesalahan untuk mencintai insan yg benar2 aku cintai? Kalau itu kesalahan, mengapa diwujudkan rasa cinta itu. Bukanlah aku untuk meragui nikmat pemberianNya. tetapi kalau beginilah rasa cinta yg aku alami. Ya Allah, sungguh menyakitkan!!

Aku akui aku masih gagal menakluk hatinya. Aku masih mencuba dan terus mencuba untuk menkluk hatinya, tapi aku seringkali sampai bila? bukanlah aku berputus asa, tidak sesekali aku menyerah, sememangnya sudah menjadi prinsip aku yg pantang dicabar dan pantang mengalah. tp sampai 1 tahap aku berfikir, aku hanya pentingkan diriku semata2 dan x pernah memikir hatinya yg sering kecewa kerana ku. Kalau kehadiran aku xmampu utk membahagiakannya, mengapa perlu aku menambah beban yg ditaggungnya.Maafkan aku..

Tapi aku terpaksa akui dgn acap kali mengucap maaf kepadanya, xkan pernah sesekali
mengubati lukanya yg sering cedera. Bak kata ibuku " kau boleh menikam dan membunuh seseorang dengan pisau. xkisah berapa kali kau memohon maaf kepadanya dan menyesal atas perbuatan mu itu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal".

Aku akui, aku bukanlah Ustaz mahupun Guru Agama yang iman dan akhlaknya terjaga. Aku bukanlah Insan yg tersohor mahupun Idola untuk dikagumi semua orang, dan aku bukanlah Insan yg mampu utk menafsir mahupun memahami isi hati seseorang. Kerana aku hanyalah aku
Pes yang Tidak Sempurna

Hati yang terluka umpama besi yang bengkok, walaupun diketuk, sukar kembali ke bentuk asal..

No comments:

Post a Comment