Sunday, November 27, 2011

Setelah lama x menulis

Setelah lama aku tinggal dunia penulisan,
kini aku kembali dgn dgn 1 lg kenangan,
indah bersulam duka, gembira dititip luka,
begitulah kehidupanku,

Saturday, April 2, 2011

Dunia baru


Alhamdulillah..
Berakhirlah sudah semestar 1 tahun 2 ku
Dengan berakhirnya sem ini turut berakhirlah juga percintaanku dengan dia
Hanya selama Sebulan 2 minggu 4 hari sahaja aku dapat bersama dengannya.

Sedih..
Sememangnya sedih, tidak ada 1 pasangan kekasih pun yang mahu melalui detik hitam ini,
akan tetapi perkara telah menjadi ketentuan hidupku. Mati hidup semula sekalipun aku harus menerima hakikat bahawa aku dengannya telah berakhir. Tetapi berakhirnya hidupku bersamanya bukan menjadikan berakhirnya duniaku. Aku percaya apa jua yang berlaku mesti ada hikmahnya. Aku redha dengan ketentuan Illahi, kalau inilah yang perlu aku rasai, akan ku tempuhinya dengan tenang

Biarlah
Sememangnya salahku, aku yang gagal menjadi yang terbaik untuknya, Aku bukan membahagiakannya malah aku menambah beban dukanya,

Sekarang
aku akan mulakan dunia baruku, aku ingin mengejar impianku untuk menjadi seorang guru, Hidupku lebih penting, Setiap pertemuan pastinya akan melalui perpisahan dan perpisahan bukan pengakhiran dunia kerana peprpisahan akan menemukan pertemuan yang baru, jadi hadapilah dengan senyuman...=)

LIFE MUST GO ON!!


Biarlah...

Thursday, March 31, 2011

awak tau tak..

Awak tau x
tiap2 malam sebelum tido saya tengok gambar awak..?
Saya dengar lagu yg awak suka nyanyi time karaoke tu..
Yep..Memang saya rindukan awak..
Setiap saat dan waktu..

Awak tau x,
saya selesa bila keluar dgn awak..Saya suka dengar celoteh awak..rasa terhibur dengan cerita awak..seronok tgk awak ketawa..kalu bole setiap masa saya nak bersama dengan awak....
Sebab awak ceriakan hidup saya...

Awak tau x,
Penangan CINTA awak ni. . .dalam JAGA tercari-tercari. . .dalam TIDUR termimpi-mimpi. . . .

Awak tau x,
arini asek tersasul sebut nama awak je..bila bercerita tu mesti nama awak saya sebut..kawan2 kata saya da angau kt awak..^_*

Awak tau x,
saya xnak apa2 dari awak..
Cukuplah kiranya awak sudi menyayangi saya...

Awak tau x
Awk kekasih hati sy, sy pula buah hati awk. .awak dinda sy, sy kanda awak. .awak my princess and sy ur prince. .awak my wifey & sy ur hubby. .awak mberi sy menerima. .awak mbalas sy mghargai. .awk gmbira di sana, saya senang di sini. .awak ketawa riang saya trsenyum girang. .im yours , ur mine. .i know u want me , me also want u , M0RE


Awak tau x,
Saya nak awak tahu. . .bersama awak adalah apa yang saya MAHU. . .dicintai awak adalah apa yang saya PERLU. . .kerana Dia tidak selalu memberi apa yang saya MAHU. . .tapi, Dia tahu apa yang saya PERLU. . .

Dan akhir sekali

Awak tau x,
Disaat awk mau sy BERHENTI sygkn awk. .nadi jntung sy bgai trhnti. .sy x psti. .apakah mmpu sy nnt mjalani ari tnpa awk lagi. .sunyi. .sepi. .tiada lg snda gurau awk mghiasi, tiada lg ucapan slmt pagi, xda lg prmintaan brjmpa kita dlm mimpi. Pergilah klu awk perlu pergi. Bahagia awk. .bahagialah sy di sini. .utk sgla rsa yg kita prnh lalui, jdkn knangan dsudut hati. Andai awk mrindui, bgitu lh juga sy di sini. .

Wednesday, March 23, 2011

5 tanda seseorang insan itu menyayangi insan yang lain


1. Apabila seorang insan itu menyukai seseorang , biasanya mereka akan rajin menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada si dia. Kadang-kadang bertanya khabar atau sekadar menghantar ayat manis…

2. Golongan ini akan lebih menunjukkan keprihatinan terhadap si dia. Jika dia itu mengalami masalah, mereka akan menjadi pendengar yang baik dan membantu sedaya upaya.

3. Lazimnya, mereka akan berkongsi dengan insan yang disayanginya mengenai perkara yang berlaku dalam hidupnya hari-hari. Sama ada peristiwa gembira atau sedih. Jika hendak ke mana-manapun, kalau boleh mahu si dia menemani.

4. Apabila berjauhan dengan insan yang disukai, mereka akan kelihatan sedih saja.

5. Ada juga yang suka memberi hadiah kepada insan yang dipuja. Bukan hanya pada hari istimewa seperti hari lahir, pergi ke mana-manapun pasti mereka akan belikan cenderahati. Itulah tanda sayang!

Thursday, March 17, 2011

kekecewaaanku

Setiap hari aku bertanyakan diri,
Siapakah aku di mata kalian?
Adakah aku ini benar2 penting di mata kalian @ sekadar dipergunakan?
Adakah aku ini terlalu hina utk menjadi seorang yg penting dalam hidup kalian?
Adakah aku ini belum cukup baik di mata kalian?

Ntah r, bukannya aku nak menghukum, tp, sekadar meluahkan rasa kecewa yg acapkali menghiris perasaan ku. Aku akui, aku bukanlah kawan yg baik, tapi aku sedaya upaya utk menjaga persahabatan ini, aku rendahkan ego aku. Aku hormati, aku sanjung kalian, bukanlah minta dibalas sama seperti apa yg aku lakukan, Cukuplah sekadar menghargai usaha aku selama ini. Sukarkah bagi kalian merealisasikan impian ku?

Kadang2 aku kecewa sgt2, aku mengemis ditempat aku sendiri, aku terpaksa menunggu dan meminta izin utk menggunakan barang2 ku sendiri, sehinggakan ada di antara kalian yg marah kerana aku menggunakan barang2ku tanpa memberitahu kalian, Aku menjadi bertambah kecewa. Tak dapatkah kalian merasai peritnya, sakitnya, pilunya perasaan ini?

Kalian hanya nampak aku seperti biasa, membatukan diri apabila diperlakukan sebegitu, sampai bila kalian harus memperlakukan aku seperti itu. Kadang2 aku ini ibarat lembu dicucuk hidung,ikut sahaja kemahuan kalian.

Maaf kalian, aku tak mampu utk simpan lagi..
Maafkan aku...



Wednesday, March 16, 2011

Takdir


Siapa sangka kawan yg baru sahaja tersenyum, bergurau dengan kita sebentar tadi telah meninggalkan kita utk selamanya. X percaya bukan? Tapi itulah ajal

Ajal datang xkira tempat, masa dan keadaan, datangnya x diundang, selaku khalifah di bumi Allah SWT, apalah daya kita melawan takdir, sedangkan perkara ini telah ditetapkan Illahi, Kita perlu bersedia menghadapi apa jua keadaan .

Benarlah kata ibuku, Ajal dan Jodoh itu ada persamaan, datangnya dari tuhan tiada siapa yg dapat elakkan. Seperti jodoh, siapa sangka orang yg kita benci selama ini telah ditetapkan utk menjadi jodoh kita. Siapa sangka selama ini kita bercinta sakan dgn org lain selama bertahun lamanya akhirnya kita dgn org lain . Pelik? itulah hakikat

Selaku Khalifah, kita harus bersedia dengan persiapkan diri kita dgn amalan yg telah ditetapkanNya, kita diajar sedari kecil, semua perkara kita belajar, mcmn nk solat, berdoa, mcm2 lagi,

Persoalannya,
adakah kita masih mengikuti apa jua ilmu yg diturunkan? Atau kita telah melupakannya?
adakah kita yakin, org yg benar2 kita cintai, ikhlas hatinya adalah jodoh kita? Dan,
adakah kita bersedia utk menghadapi ajal?

Sunday, March 13, 2011

Khamis- Ahadku


Seperti dalam gambar ini, xkan lengkap jika tiada 1 lagi kepingan hati, begitu juga dgn aku, aku xtahu apa yg perlu aku isikan dgn hari cuti ku ini, lain benar rasanya, ada perkara menganggu pemikiran waras ku. Ahh kerana dia..

Dialah nafas baruku, dialah nyawaku, aku rindukan dia, entah mengapa aku seperti tak merelakan perpisahan ini walaupun seketika, Seolah-olah akan mengancam ku, sedangkan ku sedar dia kepunyaanku,Ahh jiwa kacau..

Seperti yg ku duga, dia akan hlg apabila sampai di kg halamannya, msg ku x berbalas, call ku x di angkat, Aku semakin resah, rindu makin menebal, apa agaknya dia lakukan? bukanlah aku xmempercayainya, cuma rasa ingin tahu ini menguasai diri, mcmn keadaannya, baik mahupun x. Semalaman aku menunggunya

Keesokkan harinya, terjaga aku dari tidur mendengar bunyi msg hp ku berlagu My Sassy Girl. Msg dari dia, terus bulat mata aku jadinya. dia beritahu keadaan dirinya yg kini bersiap-siap pulang ke kg, ha lega hati aku membaca msg darinya. Alhamdulillah..

Ahad,
Aku menuju pulang ke menara gadingku. Niat di hati ingin menjemputnya pulang, akan tetapi, keadaan x mengizinkan. Semakin rindu aku padanya.. Xmengapalah, aku percaya ada hikmah disebalik apa jua yang berlaku.

Rindu kamu..XoXoXo



Saturday, March 12, 2011

surat dari anak mak yang dah x nakal


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...

Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...

Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...

Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...

Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...

Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

*aku amik drpd I luv Islam.com

Tuesday, March 8, 2011

1115 - 1253

Hari ini aku sedih, sbb xdpt masuk kelas tax, kene kunci, huhu, kerana datang kelas lambat 3 minit dari waktu yg ditetapkan, buntu aku, xtau nak watpe, so aku pun balik ke rumah, dalam perjalanan, yg teristimewa call, nk minx tolong, aku pun dah xde pe2 nk wat, jadi aku balik umah jap, tukar baju, amik dia sekitar jam 12 .

ungu, warna kegemarannya menjadi warna tema pemakaian kami hari ini. Keayuannya jelas, tak perlu diungkapkan lagi, raut wajahnya yg manis, sekali sekala pandai bermain mata memang mencairkan hati2 lelaki.

tak tahu r kenapa, bila berjumpa dgn dia, resah yang ad ni hilang begitu je, walaupun x bercakap dgnnya. dia jampi aku kot..hehehe tp itulah yg aku rasakan..Aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar, walaupun ad je rintangan, akan kucuba selesaikan sebaik mungkin

Sunday, March 6, 2011

Ruang Terakhir


Aku tak tahu aku mampu atau tidak untuk menjaga ruang terakhir darinya. Benar katanya, mengapa perlu aku menjadi insan yang dia cipta untuk dicinta. Cukuplah sekadar menjadi diriku sendiri yang sedia dicintainya dengan caraku sendiri. Itulah sebenarnya CINTA.

Peluang demi peluang, Ruang berganti ruang hanyalah menambah lukanya, Aku tak bijak dalam menjaga hatinya, aku sering terlupa tentang dirinya yang kini menjadi sebahagian besar dalam hidupku. Aku melayannya hanyalah seperti kawan2ya. Aku akui dia sangat2 kecewa, tapi aku hanya diam membisu. Aku malu, takut untuk menegurnya. Takut menambah lukanya. Tapi seharusnya aku mencuba memujuknya. Bukan kandungan ayat itu yang perlu ku fikirkan, tetapi insiatif aku dalam memujuknya. itulah KESILAPAN yang paling besar aku lakukan.

Sayang,
Cinta,
Rindu,

Itulah yang aku rasakan, tapi bodohnya aku kerana tak tunjukkan padanya rasa yang ada dalam hatiku. Mengapalah aku berkeras sangat? Mengapa aku tetap lakukan perkara yang tak disukainya?

Putus..itulah jalan terakhirnya. Tapi aku tak mahukan. Namun, apabila aku teruskan jua perhubungan ini, dia yang akan teluka. Apabila aku putuskan perhubungan ini, aku pula yang merasa.

Ya Allah, Kau bantulah aku. sesungguhnya aku tengah lemah..



Friday, March 4, 2011

Talent Night

Alahmdulillah selesai sudah persembahan kami. Tapi Persembahan kami x seperti yg dirancang. Xtau r, serba xkene hari ni, ade2 je masalah, masalah peribadi lagi.huhu, tp xpelah, kalau ini satu dugaan utk ku menapak ke jalan kejayaan, aku redha.

melalui masalah ini, 1 pengajaran yg ku peroleh utkku..
kadangkala apa yg kita rancang 2 xkan menjadi kenyataan. Walaupun kita yakin kita mampu mencapai yg kita rancang tp kalau takdir x menyebelahi kita, perkara 2 tetap xkan terjadi. Jadi kita perlu bersedia walaupun perkara itu sgt2 menyakitkan hati.

Tp aku tau, xramai yg mampu utk berfikir dgn waras bila dilanda masalah. Aku sendiri mengaku bahawa aku gagal dalam mengawal tekanan dan emosi apabila masalah datang. Bukan mudah utk mengawal hati ni kerana kita dijadikan sebagai manusia yg serba serbi lemah, yang mempunyai berbagai-bagai rasa, perasaan 2 menjadi lebih sukar untuk dikawal tatkala nafsu yg menguasai diri dan bukannya iman.

masalah peribadi aku plak masih lagi menjadi tanda soal utkku, Aku akui aku yg bersalah..maafkan aku, aku amat merinduinya. seharian x mendapat perkhabaran darinya watkan aku hilng arah tuju. Inilah penangan cinta. Sungguh dahsyat..

Cukuplah sampai di sini. biarlah malam ni menjadi kedukaan wat ku, tp hari esok, akan ku pastikan lebih dari hari ni. Amin..

Thursday, March 3, 2011

Kerana aku, Pes Yang Tidak Sempurna


Aku xtau ape lg yg aku harus aku lakukan. Aku sgt buntu, mengapa masih dipersoalkan syg aku padanya, Masih kurangkah usaha aku, apa yg kurang?

Demi DIA yg Maha Mengetahui, sesungguhnya aku merendahkan martabat aku sebagai seorang lelaki demi insan yg aku cinta. aku cuba lupuskan ego yg telah lama beraja di hati. Aku cuba sedaya upaya utk tidak mengongkong hidupnya, Aku beri kebebasan padanya. Adakah itu juga kesalahan?

Demi DIA yg mencipta seluruh alam semesta, aku sanggup berkorban apa sahaja. Wang ringgit, masa xpernah menjadi penghalang untuk aku menjadi lelaki untuknya. Lelaki yg berguna, sentiasa ada untuknya, berguna padanya.

Adakah menjadi 1 kesalahan untuk mencintai insan yg benar2 aku cintai? Kalau itu kesalahan, mengapa diwujudkan rasa cinta itu. Bukanlah aku untuk meragui nikmat pemberianNya. tetapi kalau beginilah rasa cinta yg aku alami. Ya Allah, sungguh menyakitkan!!

Aku akui aku masih gagal menakluk hatinya. Aku masih mencuba dan terus mencuba untuk menkluk hatinya, tapi aku seringkali sampai bila? bukanlah aku berputus asa, tidak sesekali aku menyerah, sememangnya sudah menjadi prinsip aku yg pantang dicabar dan pantang mengalah. tp sampai 1 tahap aku berfikir, aku hanya pentingkan diriku semata2 dan x pernah memikir hatinya yg sering kecewa kerana ku. Kalau kehadiran aku xmampu utk membahagiakannya, mengapa perlu aku menambah beban yg ditaggungnya.Maafkan aku..

Tapi aku terpaksa akui dgn acap kali mengucap maaf kepadanya, xkan pernah sesekali
mengubati lukanya yg sering cedera. Bak kata ibuku " kau boleh menikam dan membunuh seseorang dengan pisau. xkisah berapa kali kau memohon maaf kepadanya dan menyesal atas perbuatan mu itu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal".

Aku akui, aku bukanlah Ustaz mahupun Guru Agama yang iman dan akhlaknya terjaga. Aku bukanlah Insan yg tersohor mahupun Idola untuk dikagumi semua orang, dan aku bukanlah Insan yg mampu utk menafsir mahupun memahami isi hati seseorang. Kerana aku hanyalah aku
Pes yang Tidak Sempurna

Hati yang terluka umpama besi yang bengkok, walaupun diketuk, sukar kembali ke bentuk asal..

Tuesday, March 1, 2011

hadoi..


aduss...melepas lagi, nape r aku lambat sgt phm msg dia, dah xpasal2 dia merajuk. Aku nak watpe sekarang ni, sumpah aku xreti pujuk wanita, aku dah blur habis, msg yg semudah 2 pun aku xphm mcmn nk phm dia, haih..
Aku tau dia marah, xtau nk ikhtihar mcmn lg nk pastikan dia rasakan yg aku ni sentiasa ad utk dia,
Mcmn r aku nk buktikan pd dia yg aku dtg utk hiburkan dia, tp balik2 aku kecewakan dia, Kalau perkara semudah ini mengambil masa yg lama utk aku phm, xtau mcmn yg lain, aku hrp perhubungan kami ni berpanjangan.Amin..maaf syg, =(

Sunday, February 27, 2011

Renungan Dari Pengalaman


Lokasi: Kampus..
Waktu: Tengahari..

Wanita:Sy nk terus terang dgn awk, sebenarnya, sy dh xnk hidup dgn awk, sy xsanggup hidup dgn awk, untuk pengetahuan awk, sy dh lama buang perasaan syg sy pd awk, Awk carilah wanita lain yg bly membahagiakan awk, Kalu nk tgk muka awk pun sy dh xsanggup apatah lg sy mmg nk bahagiakan awk, mmg sy xmampu.

Lelaki: Tp knapa syg? Apa slh sy? ap yg sy dh wat sampai kita perlu putuskan hubungan kita?

Wanita: Awk xslh ape2, cuma sy rasa cukuplah sampai di sini, biar kita wat haluan masing2, sy nk hidup sendirian. K la, sy ada hal ni, mulai hari ni dan saat ni, jgn cari sy lg, FAHAM?!!
(lalu beredar meninggalkan si lelaki )

Hati lelaki mn yg xsedih mendengar kata2 sebegitu rupa dari wanita yg sgt dicintainya, Aku sendiri akan terluka, mau menangis seminggu, mcm terasa dicucuk sembilu, sakitnya bkn kepalang!!

Mengapa Wanita? mengapa kau mesti menghukum Lelaki sebegitu rupa? Selama kalian bersama, tidak adakah 1 pun memori indah indah yg terpahat di dalam hati? Sekalipun benar kau xmmpu bersama dgnnya lg, perlukah kata2 itu kau ungkapkan kepadanya? Adakah kau sedar selama ini Lelaki byk berkorban demi mu. Tergamak kau mengeluarkan kata2 sebegitu rupa. Sampai hati kau lukakan hati seorang Lelaki yg benar2 menyayangimu, Kau mainkan perasaannya. Kau jadikannya seperti lembu yg dicucuk hidung yg boleh kau tarik ke mana saja yg kau mahukan. Di mana letaknya harga diri sorg Lelaki bg mu Wanita?!

Tidak mengapalah Wanita, pergilah ke mana sje yang kau suka, xkan ad lg dia dlm hidup kau. Xkan ad lg org yg akan mengganggu hidup kau, Dia pun dah bly terima kenyataan yg menyakitkan itu. Tahniah Wanita, Tahniah kerana meranapkan impian Lelaki

6bulan kemudian..
Lokasi: Dewan Kuliah..
Waktu: Petang

Kawan Wanita: Assalamualaikum Lelaki, Aku nk habaq sumtink kt hang ni
Lelaki: Waalaikumussalam, Erm apa dia?
KawanWanita :Wanita dah xda, dia meninggal dunia semalam
Lelaki: ha?? Innalillah..Kenapa? dia kemalangan ke?
Kawan Wanita: bkn r, dia kan ada barah otak,xkan hang xtau? erm, sebelum dia pergi, dia soh aku bg surat ni kt hang, dia nk hang bc, k la, minta diri dulu, Assalamualaikum (sambil menyerahkan sepucuk surat kepada Lelaki lalu beredar)
Lelaki: Waalaikumussalam

Lelaki membuka sampul surat itu lantas membacanya

Assalamualaikum syg, Maafkan sy kerana menyembunyikan perkara yg sebenar dr pengetahuan syg. Bukan niat di hati nk menipu, tp sy xmahu melihat org yg sy cintai menangis kerana sy. Syg igt lg x time sy minta putus 2, sy ckp, sy ckp yg sy dh xnk hidup dgn syg, sy xsanggup hidup dgn syg, sy buang perasaan syg sy, Sy suruh syg cari wanita lain,Sy xnk tgk muka syg apatah lg nk bahagiakan syg, then last skali sy suruh syg jgn cari sy lg. Syg igt x?

Sy tau syg amat kecewa dgn kenyataan sy, tp apakan daya, sy terpaksa, . Kalau syg rasa terluka, sy pun terluka sbb terpaksa ckp begitu kt syg. Sy wat mcm 2 bkn sbb sy xcintakan syg, tp sbb sy sgt2 mencintai syg, Sy tau syg tulus mencintai sy, dan sy pun nk syg tau yg sy sebegitu juga, Tp sy xmmpu dh nk bahagiakan syg sbb sy tau hidup sy xpjg, sbb 2 sy suruh syg cari perempuan lain utk gantikan tempat sy, Tp cinta syg pada sy tetap utuh. syg x bercinta dgn sesiapa pun lps kita putus. Siapa sangka jejaka yg dulunya dianggap bermasalah, playboy besar bly tangkap cintan dgn wanita seperti sy, selekeh, x reti bergaya, rumah pun kampung, Sy dpt tau syg sekarang dah x mcm dulu dah, dah jd org penting, syg dh rajin pergi masjid,siap jadi imam lg,hehehe. Alhamdulillah, sy bersyukur sgt sbb syg dah berubah, berubah bukan disebabkan sy tp sbb diri sendiri. Sy bangga dgn syg

Syg,
Syg nk tau x balik dari jumpa syg hari 2, sy menangis xhenti2 fikirkan syg, Setiap hari sy berdoa pada Allah supaya tabahkan hati syg, supaya syg bly maafkan sy. Setiap hari sy tnye tentang syg kt kwn2 sy. Maafkan sy syg.

Syg,
Cukuplah sampai di sini, sebelum sy menitiskan tinta2 terakhir sy, sy nk syg tau yg sy sgt2 cintakan syg, xpnh pun sy lupakan syg. Sy sgt bersyukur kerana dpt mengenali syg, dpt berada di hati syg,

1 je permintaan sy, Kalau syg cintakan sy, syg carilah peganti sy, jgnlah biarkan hidup syg kesepian,ok?.Sy tunggu syg kt Pintu Syurga. =)

Yang sentiasa mencintaimu,
Wanita

Ya Allah, Bodohnya aku menghukum Wanita sebegitu rupa, Selama ni aku ingatkan kau hanya ingin permainkan perasaan Lelaki, ternyata aku silap. Mulia sungguh pengorbananmu. Kini empat tahun peristiwa berlalu, tp kenangan 2 tetap tersemat di dalam hati. Aku dan Lelaki sentiasa mendoakan kau berada dikalang org yg beriman. Amin...

Maafkan aku Wanita..
Maafkan aku

*kisah benar daripada seorang kawanku..

Saturday, February 26, 2011

Kuantan.








Hari ni, aku, Raz, Haziq dan Ob bergerak ke kuantan, niat dihati nk tgk budak2 uniten lawan boling. yg lebih penting nk lihat performance Liq, Hadi, Adli dan Izzatul, sbb dorg mmber terapat aku, Jadi kami memulakan perjalanan sekitar jam 3. Perjalanan kami penuh dgn keriangan, usik mengusik sesama kami,hahaha

Dah sampai kuantan baru kami perasan, kami terlupa nk tnye dorg ktne lwn, aku menelefon Liq, die gtau x lwn kt megamall, lwn kat Premium Lanes. Ah sudah, ktne plak tempat 2, so kami pun tnye org, tnye punye tnye sampai kami sesat, agak2 ad r 1 jam lebih kami pusing2.

Last2 kami tekad g ECM je alang2 Raz pun nk beli brg utk note book dia, Haziq dgn Ob nk beli kasut, aku plak nk beli sumting utk yg teristimewa, niat di hati nk bawa dia, tp dia ad byk assignment, so xjadi r aku nk g culik dia,huhu.

Berjalan jauh2 pun aku xpnh lupa dia, huhuhu, hbt betul penangan cinta ni kan, punya r igt kat die sampai sos pun aku blu terminum, betul r kata org, kalu org dh bercinta ni, mmg xdpt bezakan botol kicap dgn botol cuka, belacan pun katanya coklat. Huhuh, punye r terpampang tulis sos cili, apsal r aku bly igt botol coke, Zaman sekarang ni mn ad lg coke dlm botol, sume dlm tin je, abis kene bhn sampai blik, huhuhu.

Nways, perjalanan ku sememangnya menarik, cuma aku rasa lebih menarik dgn kehadiran dia, So aku pun xtau nk belikan ap, aku just belikan Donat je, so td g r jumpa. Manis wajah dia 2 xyah kata r, mmg terbukti dia manis, syuman dia 2 berbahaya, mmg cair org tgk syuman dia,

Utk mereka yg berentap sry r,xdpt dtg, kami xtau ktne tmpat 2
Utk Raz, Haziq & Ob, thx sbb bwk aku berjalan dan ceriakan lagi hari ku dan
Yg teristimewa utk dia pula, i miss u so much XoXoXo




Friday, February 25, 2011

perlukah berkongsi..


Perlukah berkongsi dalam hidup ini? Kalu berkongsi ilmu atau perkara yg mdtgkan kebaikan bersama mmg wajar utk dikongsi.

Tp bagaimana pula berkongsi kasih? perkongsian 2 pula melibatkan 3 pihak iaitu sepasang kekasih & seorang wanita yg lain, apakah kebaikan itu akan dirasai bersama?

Sdg setiap pasangan kekasih bertungkus lumus mpertahankan kekasihnya daripada dirampas @ mjd madu, Dia pula merelakan diriku dicintai oleh wanita lain yg mmpu mgugat perasaanya. Apakah maksudnya? Mengapa die perlu berkorban demi kebahagiaan org lain sdgkan die sendiri terluka. Adakah dia sangsi kasih sayang aku terhadapnya.

Demi Allah, aku mencintainya dgn tulus hati, dan bukan mempunyai sebarang motif2 negatif, aku mahu mjdkannya yg halal utkku, bkn mjdkannya sebagai 1 tempat persinggahan yg akhirnya aku tinggalkan. Die cukup sempurna utk melengkapi hidupku, Xperlu aku sangsikan, jd mengapa perlu dia korbankan kebahagiaanye utk aku dgn wanita lain. Adakah dgn tindakkannya 2 mmpu mmbuat ku gembira? jelas sekali tidak!

Bagiku dialah duniaku, Bidadariku, Syurgaku. Bukanlah aku mahu menjunjung. tp dia sgt penting dlm hidupku. Dia sumber inspirasiku utk aku terus berkarya, sumber kekuatan, sumber semangat, Tiap saat dan detik xpnh lengang dari mindaku utk memikirkannya, tiap masa bibir ku menyebut namanya. Bukanlah ingin mjdkan tasbih harianku. tp sesungguhnya dia sgt2 penting

Utk dia..
Jgnlah disangsikan rasa cinta ini
Sesungguhnya hati ini tulus menyayangimu
Jgnlah berkorban demiku tanpa memikirkan nasib kelak
kerana dikaulah bateri hidupku
Kalu kau gembira, Aku pun turut mengukir senyuman riang
Tp kalu kau berduka, Aku pun turut tumpang gerimisnya.

Nukilan..

Pes yang tidak sempurna

Wednesday, February 23, 2011

duniaku


Awie

Alif Ba Ta Dunia Ku


Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

( korus )
Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama



Buka je radio je td, lagu ni yg berkumandang, mula2 aku x de rasa ap2. Tp bila ku hayati betul2 lgu ni, lagu ni mmg sesuai utk aku.

Lagu ni mengingatkan diriku,duniaku yg tak mampu utk siapa saja tau, ap yg aku perlukan, apa yg menjadi impian hanyalah angan2 semata2.

Kesunyian, keseorangan & kesepian yg sering menghantui hidupku watkan aku takut utk berhadapan dgn tiap2 individu yg ad di sekelilinig aku.

Persahabatan & Percintaan sering mengheret aku ke lembah kegelapan. aku mjd sgt takut. Aku takut ditinggalkan. Aku perlukan cahaya utk menerangi sudut gelap duniaku. Cukuplah selama ini aku berhempas pulas melawan duniaku. Aku xmahu berada di tahap itu lg

Berilah aku peluang & ruang utk aku belajar. Kalu aku gagal sekalipun utk kali yg ke 100, aku ttp mahu belajar, aku xkn berputus asa. & dan aku akn bertambah yakin dgn kehadiran rakan2 di sudut kanan & kiri ku.

Tp aku xtahu aku mampu @ x utk berada ditahap angan ku @ masih ditakuk lama

kerana..

Duniaku tetap Duniaku

Tuesday, February 22, 2011

Malaysian Taxation 1


bknlah utk mengata mau pun mengutuk, tp sepanjang aku berada kelas ni 1 benda pun aku xphm..
balik2 ayat yg sama beliau ulang
"ok class pls refer page..."

dan 2 je r yg aku phm. Bkn aku je,blh kata sume org xtau.
td midterm tax, kali ni mmg aku blur habis, xyakin langsung dgn jwpn aku.bkn sbb xstudy @ x dtg kelas, tp selalunya aku diajar teori, tiba2 kuar part kira2, mau x cungap aku diwatnya, selamat r aku study semalam. tp xtau r betul ke x. Ala betul @ x bkn mjd masalah bg aku, yg penting aku wat.

Td masa submit paper, Beliau luahkan rasa kecewa beliau kt kami, aku hanya mampu tunduk. Malu aku nk bertentang mata dgn beliau, apa yg dikatakan sumenye benar, kami x tumpukan perhatian, kami main, kami kuar masuk sesuka hati, siap ad yg selamba dek je tido. Walaupun aku bkn r insan yg dimaksudkan. tp aku dpt rasakan kekecewaannya, ditambah lg dgn keadaannya yg lumrah dijadikan Allah SWT sebegitu, tp beliau xpnh mjdkan perkara 2 penghalang utknya, beliau sentiasa bersemangat mengajar kami dgn senyuman yg sering terukir,
Walaupun kami x phm ap yg diajar, tp 2 bkn titik punca utk aku melayannya sebegitu rupa.
Maafkan aku guruku, aku akui kelemahan diriku, aku akan buktikan yg aku blh berjaya hasil didikanmu..

Salam Nukilan dariku,

Pes yang tidak sempurna

Pelajar Bermasalah

meeting..

Adoi, penat dlm kelas lum abis lg dah ada meeting pkl 8
tp dh nm nye pelajar mesti r kene berkorban
lagipun aku MT kelab
nnt pe plak org kata
seperti biasa r pakaian aku
simple & sempoi
dgn muka serabai selamba je g meeting
ala meeting biasa je pun
jd aku kenekan t-shirt round neck pink dgn seluar jean hitam.

masuk2 je aku dh kene serang dgn Diyana, Naf & Yati
macam soalan diorang ajukan
masing 2 menanyakan tentang statusku
tp Diyana punye r hardcore sampai ape je yg aku postkan utk yg tersayang dia tau
betul2 researcher
aku hanya mampu tersenyum
ikut hati nk je aku gtau
tp biarlah dulu
lagipun kami masih baru lg
then kami pun mulakan meeting

dah habis meeting kelab debat
sambung plak meeting kelab citra seni
xsgka plak aku yg si dia 2 datang
dah 2 pki bju pink juga
mau x berbunga hati aku
hahaha

tp masing2 diam membisu
malu agaknya utk berkata
jd aku pun wat selambe dek je teruskan perbualan aku dgn amir
tp dalam hati mau je aku tegur dia
tp biarlah
aku pun dh mula blh ikut cara dia
aku sygkan dia
sgt2

Monday, February 21, 2011

untuk kalian


Aku xtau ap lg yg harus aku lakukan untuk meminta maaf dari kalian, minta maaf, maaf yang sangat-sangat tulus datang dari mereka.

Aku hanya ingin tau keadaan mereka ketika ia terdiam dalam keadaaan gundah gulana dengan mimik muka yang sangat tidak bernuansa cerah, ku amati perubahan gerak gerik sahabat2 ku dari hari kehari. ya aku mampu mengambil kesimpulan bahawa sahabat ku sedang diselimuti kain tebal yang berkedok masalah, entah masalah apa yang sedang mereka hadapi sehingga mereka benar-benar lupa dengan keadaan sekitarnya. kuberanikan diri untuk bertanya tentang apa yang sebenarnya sedang dihadapi. “xde pe2” jawabnya, jawapan kalian td membuatkan aku terdiam. aku bkn lagi budak yang blh ditipu oleh sebuah ucapan, aku sdh dpt membezakan mimik wajah sahabat2ku ketika mereka berkata-kata. aku tau kalian kerana aku sudah lama mengenali kalian.

Sahabat, jawapan kalian sangat tidak munasabah dengan tingkah kalian yang terkadang menimbulkan pertanyaan dalam diriku, salahkah aku jika aku ingin tau keadaan kalian? salahkah aku ketika aku memberikan perhatian terhadap diri kalian? salahkah aku ketika aku mencuba bertanya apa yang membuat kalian terdiam dan nampak mendiamkan diriku?

Aku mencuba untuk memahami lebih dalam, kalian memang tidak terbuka, sungguh tertutup rapat oleh ketidakpercayaan diri kalian terhadap diriku. Apakah salahku?

Adakah kerana perbezaan dunia yg membuatkan aku layak utk di layan sebegitu?

seiringnya waktu bergulir diamnya semakin membeku, Aku semakin bertanya-tanya dalam diriku, sebenarnya kalian diam atau mendiamkanku yang disebabkan oleh tingkahku terhadap kalian? aku cuba menepis perasaan itu, tapi semakin menepis perasaan itu semakin membuat aku yakin bahwa kalian diam kerana caraku yang membuat kalian berlainan dr dulu. aku tidak yakin dengan masalah yang kalian hadapi, tapi aku yakin dengan perasaanku bahwa kalian mulai tidak menyukaiku.

Bicaralah sahabatku!

aku xtau apa yang harus aku lakukan terhadap kalian, aku masih perlukan kalian utk mengisi sisa hidupku, janganlah kau menjauh dariku. Aku selalu mencuba melontarkan kata maaf terhadap kalian jika aku benar-benar mengganggu kalian

Hari ke hari diam kalian semakin membuatku tidak percaya diri, aku hanya ingin kau berkata jujur, apa yang membuat kalian seperti ini? Kalian diam hanya dihadapanku, tidak dengan yang lain. semakin deras deraian air mata hatiku, apakah salah ku?

Kini aku rasa seperti ditinggalkan dan aku pasti dengan kata2 aku itu. Xmengapalah biarlah ini terjadi.sememangnya aku xlayak utk bersahabat dgn kalian. Mak ku sendiri pernah berpesan,sentiasa sedar diri.dan aku akui cara aku, tutur bicara ku mmg kasar.Aku dapat rasakan kalian malu utk bersahabat dgnku dan hanya menunggu masa utk meninggalkan aku keseorangan kembali. kalu begitu, Biarlah aku KESEORANGAN..

Bicaralah Sahabatku!

Sahabatku, aku ingin kalian tau ketika aku mencoretkan ayat2 ini, aku ditemani dgn deraian air mata. Sesungguhnya xdapat mataku menahan air mata ini drpd mengalir keluar. Begitu juga hati ini begitu remuk sehingga xdapat ku sembunyi kekecewaan ku

Bicaralah Sahabatku!!!

keranamu


Akhirnya selesai juga program bengkel teater ni

Alhamdulillah. kump aku di nobatkan selaku juara keseluruhan bg teater kali ni..3 kumpulan yg berentap utk menjadi yg terbaik di kalangan yg terbaik..kump semprit mempertaruhkan Taubat arahan Tihok..kump aku,Sekeras Kerikil pula bersantai dlm Dunia 0h Dunia, manakala Aceciter arahan Hadi memaparkan kisah masyarakat yg kurang siuman utk sama2 di hayati..pelakon wanita terbaik mjd milik Oji ahli kump ku yg mendukung watak utama dlm cerita ku sbg mak..manakala Amer bjaya merangkul piala pelakon lelaki terbaik apabila berjaya meyakinkan juri dgn melakonkan dua watak yg sgt kontra..aku pula dinobatkan pengarah terbaik utk kali ini

Sungguhpun aku gembira dan bpuas hati dgn apa yg aku inginkan mjd kenyataan,begitu byk persoalan dan masalah yg timbul melalui program ini.

3hari yg aku peruntukkan bg menjayakan majlis ni & dalam masa 3 hari itu juga r perasaan aku bercampur.

GERAM
MARAH!!
CEMBURU
sedih..
KeCeWa
riSau
kdg2 rasa nk nangis pun ad

ntah r,aku sendiri xdpt rungkaikan masalah 2.dalam 3 hari aku dihimpit dgn berbagai2 masalah yg datang serentak..yg pastinya emosi aku sgt2 terganggu..sememangnya aku xdpt nak sorokkan riak wajah aku ni dihadapan mereka.

semasa aku menjunjung piala ini pun..aku xrasakan yg aku layak utk menerimanya..aku rasa seolah2 aku keseorangan.aku tau mereka mentertawakan aku.tp utk ape??
kemudian aku mcari hadi & aku menangis dalam pelukan dia, tp tangisan 2 bkn tangisan kegembiraan..tp tangisan kedukaan.aku dpt rasakan ad pihak yg terluka utk piala ni

& akhirnya aku mmbuat kesimpulanku sendiri bahawa kerana piala ini..ramai yg terluka..kerana nye juga lah aku merana..kerana piala ini lah yg telah MEMBUNUH!! persahabatan aku