Friday, October 3, 2014

selamat tinggal kl

Menghitung hari, detik demi detik, akhirnya masanya telah tiba.
Setiap yg baik, pasti ada yg buruk, setiap yg hidup pasti akan mati, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan aku kini melewati ambang perpisahan dengan suasana yg baru diterokai. Tapi, aku percaya stiap perkara yg berlaku, mesti ada sebab dan hikmah.

Buat hausemateku, terima kasih byk bntu aku utk blaja hidup di sini, tunjukkan jalan, dan utk persekitaran rumah yg terbaik utk ku

Buat buddyz, viru, alif, arif, terima kasih letakkan aku dlm bloodbrother kalian, ssh sng, ketawa, mmg happening

Buat team umaga, rerima kasih byk tunjuk ajar, sikap keterbukaan kalian buatkan aku x kekok utk mencelah

Buat awk, cici, terima kasih krn kembali hadir, sponsor semua skali utk sy, teruskan dgn apa yg awk perjuangkan, misi dan visi awk, sbb sy xpnh dan bharap xkn pnh sekalipun utk berhenti mempercayai awk.

Ni la cebisan2 memori yg aku rasa dan harapkan tidak akan pernah hilang dari hidupku.

Sesungguhnya KL merupakan dunia perlumbaan hidup yg sebenar...









Nukilan,
Pes Yang Tidak Sempurna

Saturday, September 20, 2014

20 September 2014

Perjalanan bermula dari rumah ku menuju tempatnya dengan hanya mengambil masa dalam 30 minit (jalan tak jem). Langkah kami aturkan bermula ke Dewan Seroja untuk menghadiri majlis kahwin. Kerana aku tahu, nak mkn nasi myk, so aku telah kosongkan perut selama 2 hari, untuk melantak sepuas2nya, tapi sayangnya, perut masuk angin, jadi makan pun tak habis, dari makan sehinggalah bergambar dgn pengantin & keluarganya sebelum kami bergerak pergi, Kemudian, kami menuju ke aeon setiawangsa au2, sekadar lepak2, pekena starbucks katenyee, dan inilah kali pertama aku pekena starbucks, memang best, nak jadikan ceritanya, ada pula zapin, tarian yang telah lama ku tinggalkan, sambil pekena starbucks, sambil tengok zapin,
Ha yang ni la yang aku minum, namanya mocha paraline

Agak manis, berlemak, tapi sedap. Aku mencapai resit di atas meja, dan memang wow habis, untuk dua kopi yang rasa lemak2 manis ni, harganya Rm 33. Memang dapat ku duga, dengan tempat yg eksklusif seperti itu, biji kopi yg bermutu, kopi branded, memang tulah harganya. Dia merampas resit itu dan cuba jauhkan dari ku, kerana dia sgt memahami aku, yang mmg tak suka ketempat2 yg aku labelkan bertaraf tinggi, tapi, aku sebenarnya tak kisah, cuma kalau tiap2 masa dibelanja, aku sendiri segan, dan dia tak pernah kisah dengan duit.

Then datang pelayan, cakap ada kopi testing, so pass kat aku, minum lagi, sungguh berlemak,



Dan lepas dah tgk zapin, bercerita, pekena starbucks, makan malam berdekatan dgn kawasan rumah dia, then balik, memang best. Aku rasa sgt damai, tenang ketika ini, &

Khas untuk kamu,
Terima kasih sangat2, kerana terus menjadi kawan saya,
Walau nama kita pernah terpalit bersama,
Walau pernah dipulaukan semua,
Walau dah lama tak jumpa,
Tapi kamu tetap steady, buat slumber, hadap je semua,
Tetap terus membantu saya, menjadi rakan pengubat duka
Dan kini
Masih diamanahkan Dia utk tanggungjawab yg sama
Walaupun tak lama, anak jawa kelahiran selatan ini tak kan pernah lupa, 

Terima kasih sahabat.

Seterusnya dua kepingan gambar utk ku noktahkan perjalananku di sini,






Monday, September 15, 2014

Bandar Metropolitan Kehidupan

Dari selatan, aku merantau ke KL , aku merajuk, trauma dengan apa yg berlaku, aku mulakan hidup baru ku di sini, cari pekerjaan yg lari dari bidang asalku, aku bertemu keluarga baru

UTS, tempat dimana kami berhimpun, menjadi rapat dan keluarga, Alhamdulillah persahabatan kami masih lgi teguh walau kami berlainan cara

Di sini juga, aku kembalikan kenangan 6 tahun lalu, rindu, dendam, marah, tawa, riang, kecewa, semuanya kami luahkan



Dari satu masalah ke satu wawancara, dari satu nostalgia hinggalah ke satu wawasan masa hadapan semua dihamparkan
Terima kasih kalian, seterusnya biarlah gambar berbicara:












Nukilan perantau selatan,
Pes yang tidak sempurna

Viva, Facebook dan Kek Cinta ( Yang Ketiga)

Jam tepat menujukkan pukul 10 pagi, menandakan berakhirnya kelasku bersama Cik Alhana. Sepanjang tempoh kelas dijalankan, otakku lebih banyak merewang keluar daripada mencerap apa yang dilafazkan oleh Cik Alhana.

Dalam tak sedar, hanya beberapa minggu lagi peperiksaan akhir akan bermula, Ya Rabbi, berapa banyak masa telah aku persiakan, projek akhirku,masih lagi belum ku siapkan, buku-buku, masih setia menunggu untuk dibelai.Ilmunya masih tergantung dalam setiap helaian. Kebuntuan mula memenuhi ruang pemikiran. dan akhirnya, Aku hanya mampu mengeluh panjang.

" Mi, kenapa kau ni? Berkali-kali aku panggil, kau buat tak dengar, suara Syafikah berbaur merajuk memecahkan kebuntuan.

" Oh,'yeke?'maaflah, tak sedar, ada apa? Balasku.

"Kau nak duduk dekat sini sampai pukul berapa? Kelas dah lama habis, aku dengan nisa nak minta kau bawa kami ke pekan"

"Hmm, kejap, aku nak ke kiosk, nak beli makanan"

"Baiklah, kami tunggu dekat kereta, minta kunci kereta"

Aku menyerahkan kunci vivaku, lalu beredar menuju ke kiosk.

Setapak demi setapak aku melangkah. Jarak kiosk dengan kelasku hanyalah lima meter. Kedudukannya terletak di antara bangunan AA dgn AB memudahkan orang ramai khususnya para pelajar untuk berkunjung.

"Oh maafkan saya!" Secara tidak sedar, seorang wanita telah melanggarku. Pakaianku habis kotor dek terkena sos di tangan wanita terbabit, siapa gerangan yang melanggarku?

"Awak?!" aku tergumam seketika, tanpa diduga, wanita misteri yang aku cari selama ini, sekarang betul-betul berada di hadapanku. Mata ku tak lari melihat gelagatnya yang kalut mengambil tisu lalu lapkan pada pakaian ku. Aku tersenyum sinis

"Saaayaa minta maaf," jawabnya terketar-ketar, mukanya ditundukkan menahan rasa malu yang menyerangnya ketika ini,

"Wah, dah kotorkan baju saya tadi, sekarang nak raba saya pula?"jawabku dengan ego yang merajai hati sambil aku menepis tangannya yang cuba untuk menghilangkan tumpahan sos pada baju ku.

"Sekarang ini bagaimana? "aku tidak memberinya peluang untuk dia membela diri,

"Liyana!!"

kedengaran satu suara wanita menjerit dari arah blok AB. Aku melihat wanita misteri itu berpaling seakan- akan mengiyakan nama itu, dan benarlah sangkaanku bahawa nama Liyana itu miliknya. Wanita itu pergi mendapatkan Liyana, kemudian mereka berbincang antara sama lain sebelum mendapatkan ku semula

"awak, saya minta maaf, saya tahu saya salah, tapi saya betul-betul tak sengaja, saya tak ada niat pun nak raba awak." dia kelihatan bersungguh-sungguh membela nasibnya,

"hmm nama awak apa? bagi nama penuh serta nombor kad pelajar" gertak ku padanya. Hal ini mendatangkan rasa tidak senang kawannya serta orang-orang di sekeliling. Aku hanya sekadar menguji, aku mahu melihat tindakannya selepas ini,

"nah ambillah kad pelajar saya, Nanti dah lepas buat aduan, tolong pulangkan pada saya'." tanpa disangka-sangka, dia bertindak lebih daripada apa yang aku jangkakan, tetapi, aku sendiri tidak pernah mengalah, aku hanya menurut kemahuannya,

"Liyana Binti Zaharudin, pelajar perniagaan, baiklah terima kasih kerana memudahkan kerja saya," kadnya ku baca dikhalayak ramai sebelum aku beredar dari situ. Aku mengukir senyuman sinis sebagai tanda perpisahan

Aku berjaya membuatkan semua orang yang berada di situ menyampah dengan caraku termasuklah rakannya itu, kad pelajarnya, aku simpan di dalam beg dompet, tapi, tanpa dia sedar, raut wajahnya, suaranya, aku simpan di dalam hati.

Sekarang ini, aku perlu sediakan jawapan, untuk menjawab segala pertanyaan daripada dua orang rakan karibku, Nisa dan Syafikah.



Tuesday, July 1, 2014


Salam Ramadhan Buat Awak






Salam Ramadhan,
Buat Awak,

Jauh tak bererti berubah,
Kutitip salam penuh CINTA,

Biar berjauhan,
asal hati tak berubah,

Biar tak jumpa,
asal hati tak lupa,

Biar saling tak menyapa,
asal hati bertaut mesra

Kutitip doa moga engkau
selalu bahagia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersama insan yang tersayang

Steambot bersama YB Crew











Monday, June 2, 2014

Kembara dengan rakan baru

01/06/2014 , perjalanan kami ke Felda Bukit Batu,

Biar gambar berbicara,







Perjalanan sungguh riang dengan keletah Huda dan Fatin. Penuh gelak ketawa, Walaupun aku baru dalam kehidupan mereka, tapi aku xrasa janggal.

 Perjalanan bermula dgn Fatin yang drive tapi disebabkan Huda suka bergambar maka perjalanan pulang aku la yang drive utk mmberi peluang kpd Fatin bergambar bersama, haha, apa2 pun terima kasih Huda & Fatin kerana mengajak aku. Ada rezeki kita, keluar lagi. InShaAllah


Nukilan
Pes Yang Tidak Sempurna 


Saturday, May 31, 2014

Riwayat sebatang pokok dan bunga


Riwayat sebatang pokok dan bunga,
Sekuat mana pun pokok menjaga bunga
Seindah mana pun bunga menceriakan pokok,
Bunga pastinya dipetik orang,
Sedangkan pokok hanya berdiri dek
akarnya diikat pada bumi...





Nukilan
Pes yang tidak sempurna

Friday, May 16, 2014

Salam dariku...


Alhamdulillah, sekian lama aku berehat daripada dunia tinta maya, kini aku kembali. Diharapkan supaya aku lebih aktif, produktif dan menjadi pro thieft dalam penghasilan cerita-cerita dunia ku.tak banyak yang berubah, cuma walaupun tak banyak, tapi drastik mengubah kehidupan, apa2 pun, impian yang sama seperti insan2 lain, supaya kehidupan hari ini lebih baik dari semalam, dan esok diharap lebih baik dari hari ini, Aminn


Nukilan,
Pes Yang Tidak Sempurna

Wednesday, May 14, 2014

Viva, Facebook dan Kek Cinta (Kisah Kedua)

Suasana CRK kala senja menipiskan terangnya siang, hingar bingar. Tika ini, aku bersama Zaki, Syafikah dan Nisa meluangkan masa bersama. Kebanyakan tempat telahpun dihuni termasuklah tempatku.

"Mi, kat sana ada kosong, jom lepak sana  ," penglihatan Zaki setajam pisau berjaya menyediakan tempat kosong untuk kami.

"Hmm',"Balasku acuh tak acuh

" Ha, 'korang' nak makan apa? Biar aku yang order

"ABC"
"Keropok Lekor  RM3.00"
"Rojak Ayam dengan Nes Ais"
"Nasi lemak warung hujung tu dengan Nes Ais juga"

Sedang kami menunggu Zaki, aku memandang setiap orang yang berada di situ. Ada yang makan, ada yang bungkus dan ada juga yang aku lihat hanya hanya duduk tanpa memesan apa-apa. Walaupun setiap meja mempunyai cerita tersendiri, tapi apa yang aku pasti, semuanya sedang menikmati masa mereka.

"Mi, macamana dengan assignment kau? dah siap? Pertanyaan Shafika mengembalikan aku ke alam realiti.

"Alhamdulillah, dah siap, tapi tak ada lah bagus mana, kenapa? nak pinjam? Tanya ku bersahaja.

Sambil mulutku bercerita, sambil tanganku menyeluk saku mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya. Kemudian aku mengambil pemetik api dari atas meja, lalu ku himpunkan kedua-duanya untuk menjadi bara dan ku hisap.

"Tak lah, tak nak pinjam, saja tanya, kami dah hantar semalam.Tapi Dr. Rushdi tak nak terima," Jelas Syafikah kepada ku, Nisa hanya mengangguk tanda setuju.

"Apa hal? korang meniru ye?" Mata sedikit ku tajamkan,reaksiku tampak jelas kecewa mendengar rintihan melodi dan irama.

"Entahlah, Katanya kerja kami sama macam kumpulan lain, tapi kumpulan tu dah hantar dulu, jadi, kerja kami tak diterima,  kami ingat nak minta idea kau untuk tajuk baru assignment kami", Nisa mengambil alih perbualan aku dan Syafikah.

" Macam ni lah, guna la aku punya, tengok ada tak idea dari situ. Kalau nak minta idea waktu-waktu macam ni, memang tak keluar." Jawabku ringkas tapi dalam nada yang tegas dan jelas. Sememangnya pada waktu-waktu begini, tak dapat untuk ku mengeluarkan buih-buih idea dari tengkorak pemikiran. Aku pun bukanlah ulat buku yang mampu keluarkan idea tak kira masa dan tempat. Aku sendiri terpaksa berfikir berhari-hari bagi mendapatkan idea untuk assignment ku.

" Nah, keropok lekor dengan nasi lemak. Air dengan rojak kejap lagi abang tu hantar", Belum sempat aku menghabiskan cerita, Zaki yang tak tahu datangnya dari arah mana, semena-mena muncul di hadapan kami sambil membawa pesanan kami.

" Potong cerita betullah mamat ni, lupa dah aku nak cakap apa," Ujarku geram.

" Oh yeke? Maaflah, jawabnya bersahaja.

Dalam kerancakan berbual, baru ku sedar, rokok dari selitan jariku, separuh telah menjadi abu. Kepulan asap merewang keluar, menari-nari melewati kami. Sesekali kepulan asap ku mencucuh kerongga hidung sebelum hilang dari pandangan

Tatkala itu, datang pelayan lelaki membawa minuman beserta rojak menuju ke meja kami.

" Berapa semua bang?" tanya Shafikah

" RM 9.60", jawabnya sambil mengukir senyuman. Shafikah mengeluarkan not RM10 dari beg sandangnya dan menyerahkan kepadanya. Pelayan itu lantas mengambil not tersebut lalu mempesembahkan baki 40 sen kepada Shafikah, kemudian berlalu pergi

" Mi, apa cerita gadis tadi yang kau jumpa kat wisma tu?" Zaki mula ingin mencungkil cerita daripadaku. Shafikah dan Nisa yang mulanya kelihatan terkejut turut berminat untuk mengetahui kisahku..

Seperti yang aku jangkakan daripada Zaki yang akan menuntut cerita akan peristiwa yang ku alami di Wisma tadi. Lalu, dengan lafaz BISMILLAH, aku berbicara. Kesemuanya bersungguh-sungguh mendengar novel kisahku. Daripada paruh hinggalah ke sayap novel, aku ceritakan, tapi aku tak meletakkan ceritaku di kaki lagi, kerana bagiku, cerita kami baru sahaja bermula dan ini hanyalah prolog perhubungan untuk ku dengannya.

Dari satu cerita ke satu cerita kami bualkan hinggalah Azan Maghrib berkumandang menandakan masa untuk kami beredar.