Wednesday, May 14, 2014

Viva, Facebook dan Kek Cinta (Kisah Kedua)

Suasana CRK kala senja menipiskan terangnya siang, hingar bingar. Tika ini, aku bersama Zaki, Syafikah dan Nisa meluangkan masa bersama. Kebanyakan tempat telahpun dihuni termasuklah tempatku.

"Mi, kat sana ada kosong, jom lepak sana  ," penglihatan Zaki setajam pisau berjaya menyediakan tempat kosong untuk kami.

"Hmm',"Balasku acuh tak acuh

" Ha, 'korang' nak makan apa? Biar aku yang order

"ABC"
"Keropok Lekor  RM3.00"
"Rojak Ayam dengan Nes Ais"
"Nasi lemak warung hujung tu dengan Nes Ais juga"

Sedang kami menunggu Zaki, aku memandang setiap orang yang berada di situ. Ada yang makan, ada yang bungkus dan ada juga yang aku lihat hanya hanya duduk tanpa memesan apa-apa. Walaupun setiap meja mempunyai cerita tersendiri, tapi apa yang aku pasti, semuanya sedang menikmati masa mereka.

"Mi, macamana dengan assignment kau? dah siap? Pertanyaan Shafika mengembalikan aku ke alam realiti.

"Alhamdulillah, dah siap, tapi tak ada lah bagus mana, kenapa? nak pinjam? Tanya ku bersahaja.

Sambil mulutku bercerita, sambil tanganku menyeluk saku mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya. Kemudian aku mengambil pemetik api dari atas meja, lalu ku himpunkan kedua-duanya untuk menjadi bara dan ku hisap.

"Tak lah, tak nak pinjam, saja tanya, kami dah hantar semalam.Tapi Dr. Rushdi tak nak terima," Jelas Syafikah kepada ku, Nisa hanya mengangguk tanda setuju.

"Apa hal? korang meniru ye?" Mata sedikit ku tajamkan,reaksiku tampak jelas kecewa mendengar rintihan melodi dan irama.

"Entahlah, Katanya kerja kami sama macam kumpulan lain, tapi kumpulan tu dah hantar dulu, jadi, kerja kami tak diterima,  kami ingat nak minta idea kau untuk tajuk baru assignment kami", Nisa mengambil alih perbualan aku dan Syafikah.

" Macam ni lah, guna la aku punya, tengok ada tak idea dari situ. Kalau nak minta idea waktu-waktu macam ni, memang tak keluar." Jawabku ringkas tapi dalam nada yang tegas dan jelas. Sememangnya pada waktu-waktu begini, tak dapat untuk ku mengeluarkan buih-buih idea dari tengkorak pemikiran. Aku pun bukanlah ulat buku yang mampu keluarkan idea tak kira masa dan tempat. Aku sendiri terpaksa berfikir berhari-hari bagi mendapatkan idea untuk assignment ku.

" Nah, keropok lekor dengan nasi lemak. Air dengan rojak kejap lagi abang tu hantar", Belum sempat aku menghabiskan cerita, Zaki yang tak tahu datangnya dari arah mana, semena-mena muncul di hadapan kami sambil membawa pesanan kami.

" Potong cerita betullah mamat ni, lupa dah aku nak cakap apa," Ujarku geram.

" Oh yeke? Maaflah, jawabnya bersahaja.

Dalam kerancakan berbual, baru ku sedar, rokok dari selitan jariku, separuh telah menjadi abu. Kepulan asap merewang keluar, menari-nari melewati kami. Sesekali kepulan asap ku mencucuh kerongga hidung sebelum hilang dari pandangan

Tatkala itu, datang pelayan lelaki membawa minuman beserta rojak menuju ke meja kami.

" Berapa semua bang?" tanya Shafikah

" RM 9.60", jawabnya sambil mengukir senyuman. Shafikah mengeluarkan not RM10 dari beg sandangnya dan menyerahkan kepadanya. Pelayan itu lantas mengambil not tersebut lalu mempesembahkan baki 40 sen kepada Shafikah, kemudian berlalu pergi

" Mi, apa cerita gadis tadi yang kau jumpa kat wisma tu?" Zaki mula ingin mencungkil cerita daripadaku. Shafikah dan Nisa yang mulanya kelihatan terkejut turut berminat untuk mengetahui kisahku..

Seperti yang aku jangkakan daripada Zaki yang akan menuntut cerita akan peristiwa yang ku alami di Wisma tadi. Lalu, dengan lafaz BISMILLAH, aku berbicara. Kesemuanya bersungguh-sungguh mendengar novel kisahku. Daripada paruh hinggalah ke sayap novel, aku ceritakan, tapi aku tak meletakkan ceritaku di kaki lagi, kerana bagiku, cerita kami baru sahaja bermula dan ini hanyalah prolog perhubungan untuk ku dengannya.

Dari satu cerita ke satu cerita kami bualkan hinggalah Azan Maghrib berkumandang menandakan masa untuk kami beredar.

No comments:

Post a Comment