Monday, September 15, 2014

Viva, Facebook dan Kek Cinta ( Yang Ketiga)

Jam tepat menujukkan pukul 10 pagi, menandakan berakhirnya kelasku bersama Cik Alhana. Sepanjang tempoh kelas dijalankan, otakku lebih banyak merewang keluar daripada mencerap apa yang dilafazkan oleh Cik Alhana.

Dalam tak sedar, hanya beberapa minggu lagi peperiksaan akhir akan bermula, Ya Rabbi, berapa banyak masa telah aku persiakan, projek akhirku,masih lagi belum ku siapkan, buku-buku, masih setia menunggu untuk dibelai.Ilmunya masih tergantung dalam setiap helaian. Kebuntuan mula memenuhi ruang pemikiran. dan akhirnya, Aku hanya mampu mengeluh panjang.

" Mi, kenapa kau ni? Berkali-kali aku panggil, kau buat tak dengar, suara Syafikah berbaur merajuk memecahkan kebuntuan.

" Oh,'yeke?'maaflah, tak sedar, ada apa? Balasku.

"Kau nak duduk dekat sini sampai pukul berapa? Kelas dah lama habis, aku dengan nisa nak minta kau bawa kami ke pekan"

"Hmm, kejap, aku nak ke kiosk, nak beli makanan"

"Baiklah, kami tunggu dekat kereta, minta kunci kereta"

Aku menyerahkan kunci vivaku, lalu beredar menuju ke kiosk.

Setapak demi setapak aku melangkah. Jarak kiosk dengan kelasku hanyalah lima meter. Kedudukannya terletak di antara bangunan AA dgn AB memudahkan orang ramai khususnya para pelajar untuk berkunjung.

"Oh maafkan saya!" Secara tidak sedar, seorang wanita telah melanggarku. Pakaianku habis kotor dek terkena sos di tangan wanita terbabit, siapa gerangan yang melanggarku?

"Awak?!" aku tergumam seketika, tanpa diduga, wanita misteri yang aku cari selama ini, sekarang betul-betul berada di hadapanku. Mata ku tak lari melihat gelagatnya yang kalut mengambil tisu lalu lapkan pada pakaian ku. Aku tersenyum sinis

"Saaayaa minta maaf," jawabnya terketar-ketar, mukanya ditundukkan menahan rasa malu yang menyerangnya ketika ini,

"Wah, dah kotorkan baju saya tadi, sekarang nak raba saya pula?"jawabku dengan ego yang merajai hati sambil aku menepis tangannya yang cuba untuk menghilangkan tumpahan sos pada baju ku.

"Sekarang ini bagaimana? "aku tidak memberinya peluang untuk dia membela diri,

"Liyana!!"

kedengaran satu suara wanita menjerit dari arah blok AB. Aku melihat wanita misteri itu berpaling seakan- akan mengiyakan nama itu, dan benarlah sangkaanku bahawa nama Liyana itu miliknya. Wanita itu pergi mendapatkan Liyana, kemudian mereka berbincang antara sama lain sebelum mendapatkan ku semula

"awak, saya minta maaf, saya tahu saya salah, tapi saya betul-betul tak sengaja, saya tak ada niat pun nak raba awak." dia kelihatan bersungguh-sungguh membela nasibnya,

"hmm nama awak apa? bagi nama penuh serta nombor kad pelajar" gertak ku padanya. Hal ini mendatangkan rasa tidak senang kawannya serta orang-orang di sekeliling. Aku hanya sekadar menguji, aku mahu melihat tindakannya selepas ini,

"nah ambillah kad pelajar saya, Nanti dah lepas buat aduan, tolong pulangkan pada saya'." tanpa disangka-sangka, dia bertindak lebih daripada apa yang aku jangkakan, tetapi, aku sendiri tidak pernah mengalah, aku hanya menurut kemahuannya,

"Liyana Binti Zaharudin, pelajar perniagaan, baiklah terima kasih kerana memudahkan kerja saya," kadnya ku baca dikhalayak ramai sebelum aku beredar dari situ. Aku mengukir senyuman sinis sebagai tanda perpisahan

Aku berjaya membuatkan semua orang yang berada di situ menyampah dengan caraku termasuklah rakannya itu, kad pelajarnya, aku simpan di dalam beg dompet, tapi, tanpa dia sedar, raut wajahnya, suaranya, aku simpan di dalam hati.

Sekarang ini, aku perlu sediakan jawapan, untuk menjawab segala pertanyaan daripada dua orang rakan karibku, Nisa dan Syafikah.



No comments:

Post a Comment