Tuesday, October 22, 2019


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

Aku diizinkan lari dari hakiki untuk suatu tempoh. Tempoh untuk aku mencari kekuatan diri.

Aku gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk aku belajar erti syukurnya sebuah musibah dan nikmatnya ujian.

Berbulan-bulan aku dibelenggu kesepian perasaan, akhirnya aku ke sini untuk aku berehat dari menangisi pemergian sebuah kebahagian.

Aku mula sedar untuk belajar menerima penat dalam sebuah harapan,

sakitnya,
remuknya,
Kecewa..

Aku belajar untuk menjawab dengan senyuman.

Senyuman yang matang.

Dari sini aku belajar untuk jadi sombong dari mudah untuk menyandarkan kepercayaan.

Dan aku belajar berpada dalam berkenalan dari terjebak berlakunya kesilapan.

Aku tak keseorangan, tapi aku memilih untuk menyendiri untuk aku berhenti, muhasabah sebelum aku menghakimi.

Dan sekiranya aku dibelenggu lagi, izinkan aku untuk berlari kembali untuk mencari Redha Illahi

'Pinjamkan aku payung untukku berteduh dari dihujani kenangan lalu'.

Sesungguhnya aku masih
Pes yang tak sempurna.

No comments:

Post a Comment