2019 bakal berakhir,
2020 bakal terlahir,
memori denganmu kekal terukir,
walau dirimu tak kunjung hadir.
Tuesday, December 31, 2019
Wednesday, November 20, 2019
Dalam kesempatan yang begitu sedikit. Langkahku kali ini tak begitu jauh memijak bumi tapi cukup untuk aku lari.
Lari dari dikejar lagi perasaan sepi dan memori yang memilukan hati.
Mata ku merenung pemandangan dan hati ku menggulung perasaan.
Salahku tak mampu ku tebus dengan mengembalikan masa, tapi cukuplah aku sekadar berpada.
Berpada untuk hari kemudian. Dan apa yang terjadi, aku anggap satu titipan untuk aku simpan.
Pes yang tak sempurna
2019
Monday, October 28, 2019
Jodoh
Jodoh itu rahsia Allah, tidak semestinya setiap perhubungan itu berakhir dengan perkahwinan.
Jika dimudahkan, kita syukur,
jika diuji, kita sabar.
Sabar dari terjebak mencari kesilapan orang lain.
Sebaliknya berhentilah seketika, Muhasabah di mana kesilapan yang perlu kita betulkan.
Hubungan yang baik itu perlu dewasa, supaya disaat suka kita berpada, diwaktu benci kita menghormati
Dah ingatlah bahawa jodoh itu bukan menanti kesesuaian, tetapi sebaliknya berusaha, mengenal dan menyesuaikan.
*Bukan karya sendiri.
Tuesday, October 22, 2019
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
Aku diizinkan lari dari hakiki untuk suatu tempoh. Tempoh untuk aku mencari kekuatan diri.
Aku gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk aku belajar erti syukurnya sebuah musibah dan nikmatnya ujian.
Berbulan-bulan aku dibelenggu kesepian perasaan, akhirnya aku ke sini untuk aku berehat dari menangisi pemergian sebuah kebahagian.
Aku mula sedar untuk belajar menerima penat dalam sebuah harapan,
sakitnya,
remuknya,
Kecewa..
Aku belajar untuk menjawab dengan senyuman.
Senyuman yang matang.
Dari sini aku belajar untuk jadi sombong dari mudah untuk menyandarkan kepercayaan.
Dan aku belajar berpada dalam berkenalan dari terjebak berlakunya kesilapan.
Aku tak keseorangan, tapi aku memilih untuk menyendiri untuk aku berhenti, muhasabah sebelum aku menghakimi.
Dan sekiranya aku dibelenggu lagi, izinkan aku untuk berlari kembali untuk mencari Redha Illahi
'Pinjamkan aku payung untukku berteduh dari dihujani kenangan lalu'.
Sesungguhnya aku masih
Pes yang tak sempurna.
Wednesday, October 16, 2019
Senja
Senja mengajar kita bahawa saat yang terindah tak akan lama dan kekal.
Senja mengajar kita indahnya seketika, malapnya berpanjangan dan siangnya berterusan.
Dan
Senja mengajar kita untuk menikmati indahnya suatu saat itu harus ditempuhi dengan gelapnya malam dan teriknya siang.
Pes Araike, 2019
Senja mengajar kita indahnya seketika, malapnya berpanjangan dan siangnya berterusan.
Dan
Senja mengajar kita untuk menikmati indahnya suatu saat itu harus ditempuhi dengan gelapnya malam dan teriknya siang.
Pes Araike, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)