Tuesday, November 24, 2015

Bulan dan Bintang tetap masih di langit

Hafeezi….

Namaku Hafeezi, aku dikenali dengan nama Mat hantu kerana perangai nakalku yang suka mengusik, ada yang melabelkan aku jahat. Jaja sahaja namaku, pastisatu kampus tahu. Tapi, aku peduli apa, yang penting aku puas dan bebas untuk lakukan apa sahaja.

Pada suatu hari, aku diajak temanku ke pekan untuk membeli barang.Sampai sahaja di sana, temanku terus melangkah masuk ke kedai, aku pula hanya menunggu  di luar sambil menghisap rokok. Sedang aku menghisap rokok, pandanganku dicuri wanita berbaju kurung Pahang, berkaca mata tebal sambil membawa bagasi.  Dia menghampiriku.

“Assalamualaikum, encik, maaf mengganggu, mana jalan nak ke pusat pentadbiran UNITEN? Pembuka bicara yang sangat sopan buatku.

“Waalaikumussalam, budak baru?” Sekadar menduga walaupun aku tahu soalan ku kelihatan bodoh.
Dia hanya mengangguk tanda bersetuju.

“Nak ke sana dengan apa? Jalan kaki? Dengan beg besar gedabak ni?” soalku dengan penuh sinis.
Dia hanya terdiam sambil membetulkan kaca matanya.

“Macam ni lah, biar aku hantarkan, tapi sebelum tu, kita tunggu sini sekejap, kawan aku tengah beli barang dekat dalam,”  aku memberi cadangan sambil jari telunjuk menunjuk ke arah kedai

“by the way, biar aku perkenalkan diri, aku Hafeezi, pelajar perakaunan tahun dua, kau pula? Aku memperkenalkan diriku kepadanya

“Suraya,” Jawabnya ringkas

Dari satu soalan ke satu soalan aku tanya buatkan aku tak ubah seperti seorang polis yang sedang mengumpul maklumat daripada suspek. Pada mulanya dia kurang selesa tapi lama-kelamaan suasana itu berubah dan mengikut perubahan rentak semasa.. Itulah permulaan perhubungan kami.

Hari berganti hari, perhubungan kami masih berterusan. Semakin hari semakin mesra, saling merindui,bibit–bibit cinta mula kelihatan.Panggilan kau dan aku telah berganti awak dan saya malah kadang-kadang tersasul sayang. Kami lalui hari-hari kami dengan bahagia.

“Wah Feezi, dah jadi mat bunga sekarang,” Rakanku memulakan bicaranya.

“Apa kau merepek ini? soalku padanya

Kau tak paham ke buat- buat tak paham? Yelah, Mat hantu yang  aku kenal dulu, yang suka cari pasal dengan orang sekarang dah lain, hilang semua tanduk dekat kepala. Sekarang ini, dah tak nak lepak dengan aku,  maklumlah 24jam berkepit dengan awek kampung, Eh macam mana rasa awek baru?best?Hahaha” balasnya diringi dengan ketawa.

Ekoran daripada kata-katanya, penumbuk kananku terus menerjah ke pipinya,aku tidak dapat menahan marahku, lantas, aku terus melangkah pergi.

“Assalamualaikum Feez,Maaf lambat, Su baru habis kelas, Feez nak jumpa Su ada hal apa? Rindu ye?”

“Waalaikumussalam, Aku rasa lepas ni kita dah tak payah berjumpa, kita buat hal masing-masing, tu sahaja yang aku nak cakap,” aku terus pergi dengan motorku.

Suraya yang kebingungan cuba mengejar ku, Aku terus memecut selaju boleh untuk meniggalkan susuk tubuhnya dari pandangan cermin sisi

Setibanya aku kediaman, aku mendapat perkabaran yang Suraya kemalangan, Dia dilanggar kereta, aku terkejut, tapi aku tidak melakukan apa-apa, aku sebenarnya malu bila dikatakan aku bercinta dengannya, aku menafikan kata hatiku, kerana takut diejek, aku tergamak melakukan sebegitu terhadap Suraya,maafkan aku Suraya,

Seminggu telah berlalu, hari ini aku tekad melawat Suraya, aku nak minta maaf padanya,

“Assalamualaikum Su, boleh saya bercakap dengan awak?” aku memulakan bicara, aku lihat ada seorang lelaki menemani Suraya di sisi.

“Waalaikumussalam, kau nak apa? Hari itu kau bilang yang kita tak payah berjumpa lagi, tapi hari ini kau datang jumpa aku, kau dah lupa kah?, atau kau datang sebab nak ejek aku? Yelah, aku wanita kampung, kolot,  mana serasi jalan sebelah kau,

Su, jangan cakap macam tu, Feez datang nak minta maaf, Feez menyesal dengan perbuatan Feez”

“Dah, Keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi, sekarang ini aku pun tak kan cari kau lagi, puas hati?”

Baru sahaja aku membalas kata-katanya, aku telah diarah keluar oleh lelaki yang berada disamping Suraya,

Perasaan bersalah membelenggu diriku, Aku begitu bodoh kerana membiarkan kata-kata kawanku meracun pemikiranku, Aku bodoh kerana membiarkan cintaku ditenggelami ego.

Luka ku bertambah parah apabila aku mendapat sekeping kad walimatul urus yang tertera nama Suraya binti Mohd Arif serta pasangan Mohd Rafiq Aidil bin Mohd Razali yang dihantar sendiri oleh Suraya.


Aku tak mampu menahan kesedihan ku,aku menangis semahu-mahunya mengenangkan nasibku, Ya Allah, bantulah hambu ini , sesungguhnya aku tak kuat mengharungi keadaan ini. 

Suraya..

Alamak, Aku dah lambat! Ini semua gara-gara bas rosak!

Aku Suraya, datang dari Temerloh. Hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki ke Muadzam Shah. Alhamdulillah, aku berjaya melanjutkan pelajaran aku di UNITEN dalam jurusan perakaunan.

Disebabkan bas rosak, aku terpaksa berjalan sejauh lima kilometre, penatnya Cuma Allah yang tahu. Perjalananku terhenti di bangunan kedai. Aku ternampak seorang lelaki berdiri di hadapan kedai sambil menghisap rokok.

Aku menghampirinya untuk menanyakan arah ke pusat pentadbiran UNITEN. Dia kulihat angkuh, dengan lagak gayanya ditambah lagi senyum sinisnya membuatkan aku meluat. Tapi, apakan daya, nasib seorang pendatang, terpaksa menadah muka. Dia menawarkan diri untuk menghantar aku ke sana. Aku keberatan, acap kali aku mendengar kes jenayah berlaku berpunca daripada hal sebegini. Tapi kebimbangan aku mulai surut apabila aku mengetahui bahawa dia bakal seniorku di sini.

Namanya Hafeezi, Dia sangat terkenal dengan sifat nakalnya. Ramai orang termasuk pensyarahku menasihati aku supaya berhati-hati dengannya. Akan tetapi,entah kenapa aku melihat dia dari sudut yang berbeza, pandangan aku tak sama seperti mereka. Aku senang berkawan dengannya. Siapa sangka, dari satu sapaan akhirnya membuatkan kami berkawan dan hubungan itu menjadi  istimewa.  Dari hari ke hari, putik cintaku mula berputik, Dia banyak membantuku, aku tak nampak sekalipun kecacatan pada perilakunya sepanjang aku dengannya . kebanyakan masa kami habiskan bersama. Walaupun dia tidak pernah melafazkan kata keramat ‘tiga kata’, tapi aku yakin hatinya berkata begitu.

Rutin harianku sebagai pelajar sememangnya memenatkan. Tapi hari ini aku rasa lain. Dia menghantarkan pesanan padaku untuk berjumpa. Alangkah berbunganya hati ini, sememangnya aku rindukan dia. Selesai sahaja waktu pembelajaran, aku bergegas keluar dari bilik kuliah untuk berjumpa dengan pengarang jantung hati. Akan tetapi, aku lihat dia tak seperti selalu, riak wajah jelas tegang seperti menahan marah. Walaupun begitu aku masih lagi tersenyum manja.

Aku rasa lepas ni kita dah tak payah berjumpa, kita buat hal masing-masing, tu sahaja yang aku nak cakap,”

Kata- kata itu jelas kudengari . Aku kebingungan. Belum sempat aku mencari kesahihan dalam kata-katanya tadi, dia telah berlalu pergi dengan motosikalnya, aku cuba mengejar.

BANG!!!

Aku membuka mataku, aku rasa seolah-olah aku baru bangun dari lena yang panjang, Aku terasa janggal dengan persekitaran bilikku. Aku bingkas bangun, tetapi seperti ada bebanan dikakiku. Aku panik lalu menjerit, tidak semena-mena , ada seorang lelaki masuk lalu menghampiriku.

Rafiq? Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Mengapakah dia ada di sini?

Dia tersenyum padaku. Dia menceritakan semua yang terjadi pada diriku. Baru ku tahu  yang aku kini berada di wad. Rupa-rupanya aku telah dilanggar semasa cuba mengejar Hafeezi. Nasibku bertambah malang apabila diberitahu yang aku lumpuh separuh badan. Aku menangis semahu-mahunya, aku cuba menafikan takdir yang menimpa diriku.Perlahan-lahan Rafiq memujukku dan mententeramkan ku.

Sudah lima hari aku terlantar di sini. Selama itu jugalah, Rafiq setia menemaniku. Semakin hari, aku semakin selesa dengannya. Dalam masa yang sama juga perasaanku kepada Hafeezi semakin pudar. 

Sepanjang masa aku terlantar di sini, tidak ada sekalipun dia datang menjenguk ku. Kini, aku benar-benar mengerti kata-katanya tempoh hari.

Aku bodoh mempercayai dia. Aku tertipu dengan kebaikannya. Aku cuba buktikan pada rakan-rakanku yang dia bukan seperti mana yang mereka fikirkan, tetapi, ternyata aku gagal. Dia insane yang bertanggung jawab menjentik perasaan cintaku dan dia juga yang menghancurkan perasaan ini. Dia mempermainkan cintaku, dan yang paling aku terasa, dia penyebab utama membuatkan aku cacat.  Aku benci dia!

Hari ini aku akan melakukan fisioterapi bagi merawat kaki ku. Seperti biasa, di sisiku masih utuh bersama Rafiq. Dia menjaga aku sebaik mungkin, Dia yang menghubungi keluargaku dan memaklumkan keadaanku pada ayah. Keluargaku selesa dengan cara Rafiq, paling terkesan ialah ayahku,. Cara Rafiq yang menghormati orang tua dan mendahulukan mereka berjaya menambat hati keluargaku.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran Hafeezi. Dia datang meminta maaf padaku, tapi aku tak mampu menerimanya. Dia terlambat kerana hati perempuan ini telah mati untuknya. Cukuplah sampai di sini sahaja hubungan kami. Aku luahkan segala perasaanku padanya diiringi air mata. 
Melihatkan emosiku yang tidak stabil, Rafiq mengeheretnya keluar.

Kini aku bahagia bersama Rafiq, baru ku tahu hikmah yang berlaku, kami bakal berkahwin. Kad perkahwinan telah pun aku agihkan termasuk la dia, Hafeezi.
Aku percaya pada ketentuan Illahi, semuanya sudah tertulis, Sememang jodoh dan ajal itu rahsia Allah. Untukmu Hafeezi, terima kasih atas segala apa yang telah lakukan, aku puas menangis kerana kau , tapi kini tidak lagi, kerana


'Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih dilangit'





Rafiq..

Aku Rafiq, rakan sekelas Suraya. Aku ke sini bersama-sama abangku. Hubungan kami rapat walaupun kedua - duanya  mempunyai personaliti yang berbeza. Abangku sering menimbulkan kekecohan di sini, Dia dan kawan baiknya Hafeezi sering menjadi bualan ramai. Walaupun begitu, dia tetap menjaga ku dengan sebaik mungkin.

Berbeza denganku, aku menjadi kesayangan para pensyarah. Aku juga menjadi kegilaan pelajar-pelajar wanita kerana rupa paras ku yang kacak dan aku juga cemerlang dalam pelajaran. Tapi aku tidak pernah melayan, bagiku matlamatku ke sini untuk mendapat segulung Ijazah dengan keputusan yang cemerlang seterusnya menyambung legasi perniagaan ayahku.

Namun, pendirianku mulai berubah ketika aku melihat Suraya, Dia berbeza dengan wanita – wanita lain. Tatkala mereka berebut – rebut untuk mendampingiku, dia hanya dengan urusan dia, Berkali – kali aku cuba untuk mengajaknya keluar, namun semua permintaanku ditolak, Akhirnya aku mengetahui yang sudah dimiliki.

Aku tidak dapat menerima hakikat, lelaki bertuah itu ialah Hafeezi, bagai bulan tsunami menyembah ke bumi, hakikat ni terlalu mustahil untuk ku terima. Sepatutnya aku yang memegang hatinya bukannya si hantu itu.

Suatu hari, aku melihat Suraya bergegas keluar dari bilik kuliah, aku menuruti dari jauh. Aku lihat Mat hantu sedang menunggunya di tepi jalan raya. Aku hanya mampu melihat merpati dua sejoli bermesra-mesra dari luar koridor. Tiba-tiba aku melihat sebuah kereta melanggar Suraya semasa dia cuba mendapatkan kekasih hatinya.

Akulah insan yang bertanggung jawab membawanya ke hospital. Aku juga yang menghubungi keluarganya, aku mula memainkan perananku dalam mendapatkan Suraya. Aku berjaya mendapatkan kepercayaan keluarganya, dan aku juga berjaya membuatkan tumpuan Suraya beralih alah padaku.

Suatu hari, Hafeezi datang berjumpa dengan Suraya, aku mula rasa tergugat, aku cuba menghalangnya, tetapi, Suraya terlebih dahulu bertindak, Untuk mengelakkan daripada perkara ini berlanjutan, aku menghalaunya keluar. Aku tersenyum puas, dalam tempoh seminggu sahaja, aku berjaya mendapatkan Suraya.

Aku mengatur langkah seterusnya, aku nyatakan hasratku untuk berkahwin kepada keluarga, Pada mulanya mereka menolak, tetapi setelah melihat kesungguhan aku, dan sokongan daripada abang, akhirnya bersetuju. Aku tidak perlu menunggu masa yang lama. Sebaik sahaja Suraya sembuh, 
Keluarga kami bertemu. Dengan harta dan kedudukan keluarga kami yang kukuh, mudah untuk kami mencapai kata sepakat.

Segala persiapan kebanyakannya telah pun siap termasuklah kad kahwin. Sengaja aku menyuruh Suraya memberikan kad kami kepada Hafeezi supaya dendamnya berakhir. Biar ini penamat

Untukmu Hafeezi, biar aku yang menggantikan tempatmu untuk menjaga Suraya. Biarkanlah Suraya hidup dengan kemewahanku. Aku berjanji, aku akan cuba penuhi kemahuannya. Banyak lagi wanita lain yang boleh kau dapatkan, Lupakanlah Suraya, ianya dah berakhir. Dan akhir kata dariku


berhentilah menangisi pemergian Suraya atas kebodohanmu membenarkan kata – kata abangku meracuni jiwamu, kerana,


'Jika engkau pergi, air mengalir tak berhenti, Matahari masih kukuh menyinari bumi.'

No comments:

Post a Comment