Hafeezi….
Namaku Hafeezi, aku dikenali
dengan nama Mat hantu kerana perangai nakalku yang suka mengusik, ada yang
melabelkan aku jahat. Jaja sahaja namaku, pastisatu kampus tahu. Tapi, aku
peduli apa, yang penting aku puas dan bebas untuk lakukan apa sahaja.
Pada suatu hari, aku diajak
temanku ke pekan untuk membeli barang.Sampai sahaja di sana, temanku terus
melangkah masuk ke kedai, aku pula hanya menunggu di luar sambil menghisap rokok. Sedang aku
menghisap rokok, pandanganku dicuri wanita berbaju kurung Pahang, berkaca mata
tebal sambil membawa bagasi. Dia
menghampiriku.
“Assalamualaikum, encik, maaf mengganggu, mana jalan nak ke pusat
pentadbiran UNITEN? Pembuka bicara yang sangat sopan buatku.
“Waalaikumussalam, budak baru?” Sekadar menduga walaupun aku tahu
soalan ku kelihatan bodoh.
Dia hanya mengangguk tanda
bersetuju.
“Nak ke sana dengan apa? Jalan kaki? Dengan beg besar gedabak ni?”
soalku dengan penuh sinis.
Dia hanya terdiam sambil
membetulkan kaca matanya.
“Macam ni lah, biar aku hantarkan, tapi sebelum tu, kita tunggu sini
sekejap, kawan aku tengah beli barang dekat dalam,” aku memberi cadangan sambil jari telunjuk
menunjuk ke arah kedai
“by the way, biar aku perkenalkan
diri, aku Hafeezi, pelajar perakaunan tahun dua, kau pula? Aku memperkenalkan
diriku kepadanya
“Suraya,” Jawabnya ringkas
Dari satu soalan ke satu soalan
aku tanya buatkan aku tak ubah seperti seorang polis yang sedang mengumpul maklumat
daripada suspek. Pada mulanya dia kurang selesa tapi lama-kelamaan suasana itu berubah dan mengikut perubahan rentak semasa.. Itulah permulaan perhubungan kami.
Hari berganti hari, perhubungan
kami masih berterusan. Semakin hari semakin mesra, saling merindui,bibit–bibit
cinta mula kelihatan.Panggilan kau dan aku telah berganti awak dan saya malah
kadang-kadang tersasul sayang. Kami lalui hari-hari kami dengan bahagia.
“Wah Feezi, dah jadi mat bunga
sekarang,” Rakanku memulakan bicaranya.
“Apa kau merepek ini? soalku
padanya
“ Kau tak paham ke buat- buat tak
paham? Yelah, Mat hantu yang aku kenal
dulu, yang suka cari pasal dengan orang sekarang dah lain, hilang semua tanduk
dekat kepala. Sekarang ini, dah tak nak lepak dengan aku, maklumlah 24jam berkepit dengan awek kampung,
Eh macam mana rasa awek baru?best?Hahaha” balasnya diringi dengan ketawa.
Ekoran daripada kata-katanya,
penumbuk kananku terus menerjah ke pipinya,aku tidak dapat menahan marahku,
lantas, aku terus melangkah pergi.
“Assalamualaikum Feez,Maaf
lambat, Su baru habis kelas, Feez nak jumpa Su ada hal apa? Rindu ye?”
“Waalaikumussalam, Aku rasa lepas
ni kita dah tak payah berjumpa, kita buat hal masing-masing, tu sahaja yang aku
nak cakap,” aku terus pergi dengan motorku.
Suraya yang kebingungan cuba
mengejar ku, Aku terus memecut selaju boleh untuk meniggalkan susuk tubuhnya
dari pandangan cermin sisi
Setibanya aku kediaman, aku
mendapat perkabaran yang Suraya kemalangan, Dia dilanggar kereta, aku terkejut,
tapi aku tidak melakukan apa-apa, aku sebenarnya malu bila dikatakan aku
bercinta dengannya, aku menafikan kata hatiku, kerana takut diejek, aku
tergamak melakukan sebegitu terhadap Suraya,maafkan aku Suraya,
Seminggu telah berlalu, hari ini
aku tekad melawat Suraya, aku nak minta maaf padanya,
“Assalamualaikum Su, boleh saya
bercakap dengan awak?” aku memulakan bicara, aku lihat ada seorang lelaki
menemani Suraya di sisi.
“Waalaikumussalam, kau nak apa?
Hari itu kau bilang yang kita tak payah berjumpa lagi, tapi hari ini kau datang
jumpa aku, kau dah lupa kah?, atau kau datang sebab nak ejek aku? Yelah, aku
wanita kampung, kolot, mana serasi jalan
sebelah kau,
“Su, jangan cakap macam tu, Feez
datang nak minta maaf, Feez menyesal dengan perbuatan Feez”
“Dah, Keluar! Aku tak nak tengok
muka kau lagi, sekarang ini aku pun tak kan cari kau lagi, puas hati?”
Baru sahaja aku membalas
kata-katanya, aku telah diarah keluar oleh lelaki yang berada disamping Suraya,
Perasaan bersalah membelenggu
diriku, Aku begitu bodoh kerana membiarkan kata-kata kawanku meracun
pemikiranku, Aku bodoh kerana membiarkan cintaku ditenggelami ego.
Luka ku bertambah parah apabila
aku mendapat sekeping kad walimatul urus yang tertera nama Suraya binti Mohd
Arif serta pasangan Mohd Rafiq Aidil bin Mohd Razali yang dihantar sendiri oleh
Suraya.
Aku tak mampu menahan kesedihan
ku,aku menangis semahu-mahunya mengenangkan nasibku, Ya Allah, bantulah hambu
ini , sesungguhnya aku tak kuat mengharungi keadaan ini.
Suraya..
Alamak, Aku dah lambat! Ini semua
gara-gara bas rosak!
Aku Suraya, datang dari Temerloh.
Hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki ke Muadzam Shah. Alhamdulillah, aku
berjaya melanjutkan pelajaran aku di UNITEN dalam jurusan perakaunan.
Disebabkan bas rosak, aku
terpaksa berjalan sejauh lima kilometre, penatnya Cuma Allah yang tahu.
Perjalananku terhenti di bangunan kedai. Aku ternampak seorang lelaki berdiri
di hadapan kedai sambil menghisap rokok.
Aku menghampirinya untuk
menanyakan arah ke pusat pentadbiran UNITEN. Dia kulihat angkuh, dengan lagak
gayanya ditambah lagi senyum sinisnya membuatkan aku meluat. Tapi, apakan daya,
nasib seorang pendatang, terpaksa menadah muka. Dia menawarkan diri untuk
menghantar aku ke sana. Aku keberatan, acap kali aku mendengar kes jenayah
berlaku berpunca daripada hal sebegini. Tapi kebimbangan aku mulai surut
apabila aku mengetahui bahawa dia bakal seniorku di sini.
Namanya Hafeezi, Dia sangat
terkenal dengan sifat nakalnya. Ramai orang termasuk pensyarahku menasihati aku
supaya berhati-hati dengannya. Akan tetapi,entah kenapa aku melihat dia dari
sudut yang berbeza, pandangan aku tak sama seperti mereka. Aku senang berkawan
dengannya. Siapa sangka, dari satu sapaan akhirnya membuatkan kami berkawan dan
hubungan itu menjadi istimewa. Dari hari ke hari, putik cintaku mula
berputik, Dia banyak membantuku, aku tak nampak sekalipun kecacatan pada
perilakunya sepanjang aku dengannya . kebanyakan masa kami habiskan bersama.
Walaupun dia tidak pernah melafazkan kata keramat ‘tiga kata’, tapi aku yakin
hatinya berkata begitu.
Rutin harianku sebagai pelajar
sememangnya memenatkan. Tapi hari ini aku rasa lain. Dia menghantarkan pesanan
padaku untuk berjumpa. Alangkah berbunganya hati ini, sememangnya aku rindukan
dia. Selesai sahaja waktu pembelajaran, aku bergegas keluar dari bilik kuliah
untuk berjumpa dengan pengarang jantung hati. Akan tetapi, aku lihat dia tak
seperti selalu, riak wajah jelas tegang seperti menahan marah. Walaupun begitu
aku masih lagi tersenyum manja.
‘Aku rasa lepas ni kita dah tak
payah berjumpa, kita buat hal masing-masing, tu sahaja yang aku nak cakap,”
Kata- kata itu jelas kudengari .
Aku kebingungan. Belum sempat aku mencari kesahihan dalam kata-katanya tadi,
dia telah berlalu pergi dengan motosikalnya, aku cuba mengejar.
BANG!!!
Aku membuka mataku, aku rasa
seolah-olah aku baru bangun dari lena yang panjang, Aku terasa janggal dengan
persekitaran bilikku. Aku bingkas bangun, tetapi seperti ada bebanan dikakiku.
Aku panik lalu menjerit, tidak semena-mena , ada seorang lelaki masuk lalu
menghampiriku.
Rafiq? Aku seakan-akan tidak
percaya dengan apa yang aku lihat. Mengapakah dia ada di sini?
Dia tersenyum padaku. Dia
menceritakan semua yang terjadi pada diriku. Baru ku tahu yang aku kini berada di wad. Rupa-rupanya aku
telah dilanggar semasa cuba mengejar Hafeezi. Nasibku bertambah malang apabila diberitahu
yang aku lumpuh separuh badan. Aku menangis semahu-mahunya, aku cuba menafikan
takdir yang menimpa diriku.Perlahan-lahan Rafiq memujukku dan mententeramkan ku.
Sudah lima hari aku terlantar di
sini. Selama itu jugalah, Rafiq setia menemaniku. Semakin hari, aku semakin
selesa dengannya. Dalam masa yang sama juga perasaanku kepada Hafeezi semakin
pudar.
Sepanjang masa aku terlantar di sini, tidak ada sekalipun dia datang
menjenguk ku. Kini, aku benar-benar mengerti kata-katanya tempoh hari.
Aku bodoh mempercayai dia. Aku
tertipu dengan kebaikannya. Aku cuba buktikan pada rakan-rakanku yang dia bukan
seperti mana yang mereka fikirkan, tetapi, ternyata aku gagal. Dia insane yang
bertanggung jawab menjentik perasaan cintaku dan dia juga yang menghancurkan
perasaan ini. Dia mempermainkan cintaku, dan yang paling aku terasa, dia
penyebab utama membuatkan aku cacat. Aku
benci dia!
Hari ini aku akan melakukan
fisioterapi bagi merawat kaki ku. Seperti biasa, di sisiku masih utuh bersama
Rafiq. Dia menjaga aku sebaik mungkin, Dia yang menghubungi keluargaku dan memaklumkan
keadaanku pada ayah. Keluargaku selesa dengan cara Rafiq, paling terkesan ialah
ayahku,. Cara Rafiq yang menghormati orang tua dan mendahulukan mereka berjaya
menambat hati keluargaku.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan
kehadiran Hafeezi. Dia datang meminta maaf padaku, tapi aku tak mampu
menerimanya. Dia terlambat kerana hati perempuan ini telah mati untuknya.
Cukuplah sampai di sini sahaja hubungan kami. Aku luahkan segala perasaanku
padanya diiringi air mata.
Melihatkan emosiku yang tidak stabil, Rafiq
mengeheretnya keluar.
Kini aku bahagia bersama Rafiq,
baru ku tahu hikmah yang berlaku, kami bakal berkahwin. Kad perkahwinan telah
pun aku agihkan termasuk la dia, Hafeezi.
Aku percaya pada ketentuan Illahi,
semuanya sudah tertulis, Sememang jodoh dan ajal itu rahsia Allah. Untukmu
Hafeezi, terima kasih atas segala apa yang telah lakukan, aku puas menangis
kerana kau , tapi kini tidak lagi, kerana
'Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih dilangit'
Rafiq..
Aku Rafiq, rakan sekelas Suraya.
Aku ke sini bersama-sama abangku. Hubungan kami rapat walaupun kedua -
duanya mempunyai personaliti yang
berbeza. Abangku sering menimbulkan kekecohan di sini, Dia dan kawan baiknya
Hafeezi sering menjadi bualan ramai. Walaupun begitu, dia tetap menjaga ku
dengan sebaik mungkin.
Berbeza denganku, aku menjadi
kesayangan para pensyarah. Aku juga menjadi kegilaan pelajar-pelajar wanita
kerana rupa paras ku yang kacak dan aku juga cemerlang dalam pelajaran. Tapi
aku tidak pernah melayan, bagiku matlamatku ke sini untuk mendapat segulung
Ijazah dengan keputusan yang cemerlang seterusnya menyambung legasi perniagaan
ayahku.
Namun, pendirianku mulai berubah
ketika aku melihat Suraya, Dia berbeza dengan wanita – wanita lain. Tatkala
mereka berebut – rebut untuk mendampingiku, dia hanya dengan urusan dia,
Berkali – kali aku cuba untuk mengajaknya keluar, namun semua permintaanku
ditolak, Akhirnya aku mengetahui yang sudah dimiliki.
Aku tidak dapat menerima hakikat,
lelaki bertuah itu ialah Hafeezi, bagai bulan tsunami menyembah ke bumi,
hakikat ni terlalu mustahil untuk ku terima. Sepatutnya aku yang memegang hatinya
bukannya si hantu itu.
Suatu hari, aku melihat Suraya
bergegas keluar dari bilik kuliah, aku menuruti dari jauh. Aku lihat Mat hantu
sedang menunggunya di tepi jalan raya. Aku hanya mampu melihat merpati dua
sejoli bermesra-mesra dari luar koridor. Tiba-tiba aku melihat sebuah kereta
melanggar Suraya semasa dia cuba mendapatkan kekasih hatinya.
Akulah insan yang bertanggung
jawab membawanya ke hospital. Aku juga yang menghubungi keluarganya, aku mula
memainkan perananku dalam mendapatkan Suraya. Aku berjaya mendapatkan
kepercayaan keluarganya, dan aku juga berjaya membuatkan tumpuan Suraya beralih
alah padaku.
Suatu hari, Hafeezi datang
berjumpa dengan Suraya, aku mula rasa tergugat, aku cuba menghalangnya, tetapi,
Suraya terlebih dahulu bertindak, Untuk mengelakkan daripada perkara ini
berlanjutan, aku menghalaunya keluar. Aku tersenyum puas, dalam tempoh seminggu
sahaja, aku berjaya mendapatkan Suraya.
Aku mengatur langkah seterusnya,
aku nyatakan hasratku untuk berkahwin kepada keluarga, Pada mulanya mereka
menolak, tetapi setelah melihat kesungguhan aku, dan sokongan daripada abang,
akhirnya bersetuju. Aku tidak perlu menunggu masa yang lama. Sebaik sahaja
Suraya sembuh,
Keluarga kami bertemu. Dengan harta dan kedudukan keluarga kami
yang kukuh, mudah untuk kami mencapai kata sepakat.
Segala persiapan kebanyakannya
telah pun siap termasuklah kad kahwin. Sengaja aku menyuruh Suraya memberikan kad kami kepada Hafeezi
supaya dendamnya berakhir. Biar ini penamat
Untukmu Hafeezi, biar aku yang
menggantikan tempatmu untuk menjaga Suraya. Biarkanlah Suraya hidup dengan
kemewahanku. Aku berjanji, aku akan cuba penuhi kemahuannya. Banyak lagi wanita
lain yang boleh kau dapatkan, Lupakanlah Suraya, ianya dah berakhir. Dan akhir
kata dariku
berhentilah menangisi pemergian
Suraya atas kebodohanmu membenarkan kata – kata abangku meracuni jiwamu, kerana,