Saturday, September 20, 2014

20 September 2014

Perjalanan bermula dari rumah ku menuju tempatnya dengan hanya mengambil masa dalam 30 minit (jalan tak jem). Langkah kami aturkan bermula ke Dewan Seroja untuk menghadiri majlis kahwin. Kerana aku tahu, nak mkn nasi myk, so aku telah kosongkan perut selama 2 hari, untuk melantak sepuas2nya, tapi sayangnya, perut masuk angin, jadi makan pun tak habis, dari makan sehinggalah bergambar dgn pengantin & keluarganya sebelum kami bergerak pergi, Kemudian, kami menuju ke aeon setiawangsa au2, sekadar lepak2, pekena starbucks katenyee, dan inilah kali pertama aku pekena starbucks, memang best, nak jadikan ceritanya, ada pula zapin, tarian yang telah lama ku tinggalkan, sambil pekena starbucks, sambil tengok zapin,
Ha yang ni la yang aku minum, namanya mocha paraline

Agak manis, berlemak, tapi sedap. Aku mencapai resit di atas meja, dan memang wow habis, untuk dua kopi yang rasa lemak2 manis ni, harganya Rm 33. Memang dapat ku duga, dengan tempat yg eksklusif seperti itu, biji kopi yg bermutu, kopi branded, memang tulah harganya. Dia merampas resit itu dan cuba jauhkan dari ku, kerana dia sgt memahami aku, yang mmg tak suka ketempat2 yg aku labelkan bertaraf tinggi, tapi, aku sebenarnya tak kisah, cuma kalau tiap2 masa dibelanja, aku sendiri segan, dan dia tak pernah kisah dengan duit.

Then datang pelayan, cakap ada kopi testing, so pass kat aku, minum lagi, sungguh berlemak,



Dan lepas dah tgk zapin, bercerita, pekena starbucks, makan malam berdekatan dgn kawasan rumah dia, then balik, memang best. Aku rasa sgt damai, tenang ketika ini, &

Khas untuk kamu,
Terima kasih sangat2, kerana terus menjadi kawan saya,
Walau nama kita pernah terpalit bersama,
Walau pernah dipulaukan semua,
Walau dah lama tak jumpa,
Tapi kamu tetap steady, buat slumber, hadap je semua,
Tetap terus membantu saya, menjadi rakan pengubat duka
Dan kini
Masih diamanahkan Dia utk tanggungjawab yg sama
Walaupun tak lama, anak jawa kelahiran selatan ini tak kan pernah lupa, 

Terima kasih sahabat.

Seterusnya dua kepingan gambar utk ku noktahkan perjalananku di sini,






Monday, September 15, 2014

Bandar Metropolitan Kehidupan

Dari selatan, aku merantau ke KL , aku merajuk, trauma dengan apa yg berlaku, aku mulakan hidup baru ku di sini, cari pekerjaan yg lari dari bidang asalku, aku bertemu keluarga baru

UTS, tempat dimana kami berhimpun, menjadi rapat dan keluarga, Alhamdulillah persahabatan kami masih lgi teguh walau kami berlainan cara

Di sini juga, aku kembalikan kenangan 6 tahun lalu, rindu, dendam, marah, tawa, riang, kecewa, semuanya kami luahkan



Dari satu masalah ke satu wawancara, dari satu nostalgia hinggalah ke satu wawasan masa hadapan semua dihamparkan
Terima kasih kalian, seterusnya biarlah gambar berbicara:












Nukilan perantau selatan,
Pes yang tidak sempurna

Viva, Facebook dan Kek Cinta ( Yang Ketiga)

Jam tepat menujukkan pukul 10 pagi, menandakan berakhirnya kelasku bersama Cik Alhana. Sepanjang tempoh kelas dijalankan, otakku lebih banyak merewang keluar daripada mencerap apa yang dilafazkan oleh Cik Alhana.

Dalam tak sedar, hanya beberapa minggu lagi peperiksaan akhir akan bermula, Ya Rabbi, berapa banyak masa telah aku persiakan, projek akhirku,masih lagi belum ku siapkan, buku-buku, masih setia menunggu untuk dibelai.Ilmunya masih tergantung dalam setiap helaian. Kebuntuan mula memenuhi ruang pemikiran. dan akhirnya, Aku hanya mampu mengeluh panjang.

" Mi, kenapa kau ni? Berkali-kali aku panggil, kau buat tak dengar, suara Syafikah berbaur merajuk memecahkan kebuntuan.

" Oh,'yeke?'maaflah, tak sedar, ada apa? Balasku.

"Kau nak duduk dekat sini sampai pukul berapa? Kelas dah lama habis, aku dengan nisa nak minta kau bawa kami ke pekan"

"Hmm, kejap, aku nak ke kiosk, nak beli makanan"

"Baiklah, kami tunggu dekat kereta, minta kunci kereta"

Aku menyerahkan kunci vivaku, lalu beredar menuju ke kiosk.

Setapak demi setapak aku melangkah. Jarak kiosk dengan kelasku hanyalah lima meter. Kedudukannya terletak di antara bangunan AA dgn AB memudahkan orang ramai khususnya para pelajar untuk berkunjung.

"Oh maafkan saya!" Secara tidak sedar, seorang wanita telah melanggarku. Pakaianku habis kotor dek terkena sos di tangan wanita terbabit, siapa gerangan yang melanggarku?

"Awak?!" aku tergumam seketika, tanpa diduga, wanita misteri yang aku cari selama ini, sekarang betul-betul berada di hadapanku. Mata ku tak lari melihat gelagatnya yang kalut mengambil tisu lalu lapkan pada pakaian ku. Aku tersenyum sinis

"Saaayaa minta maaf," jawabnya terketar-ketar, mukanya ditundukkan menahan rasa malu yang menyerangnya ketika ini,

"Wah, dah kotorkan baju saya tadi, sekarang nak raba saya pula?"jawabku dengan ego yang merajai hati sambil aku menepis tangannya yang cuba untuk menghilangkan tumpahan sos pada baju ku.

"Sekarang ini bagaimana? "aku tidak memberinya peluang untuk dia membela diri,

"Liyana!!"

kedengaran satu suara wanita menjerit dari arah blok AB. Aku melihat wanita misteri itu berpaling seakan- akan mengiyakan nama itu, dan benarlah sangkaanku bahawa nama Liyana itu miliknya. Wanita itu pergi mendapatkan Liyana, kemudian mereka berbincang antara sama lain sebelum mendapatkan ku semula

"awak, saya minta maaf, saya tahu saya salah, tapi saya betul-betul tak sengaja, saya tak ada niat pun nak raba awak." dia kelihatan bersungguh-sungguh membela nasibnya,

"hmm nama awak apa? bagi nama penuh serta nombor kad pelajar" gertak ku padanya. Hal ini mendatangkan rasa tidak senang kawannya serta orang-orang di sekeliling. Aku hanya sekadar menguji, aku mahu melihat tindakannya selepas ini,

"nah ambillah kad pelajar saya, Nanti dah lepas buat aduan, tolong pulangkan pada saya'." tanpa disangka-sangka, dia bertindak lebih daripada apa yang aku jangkakan, tetapi, aku sendiri tidak pernah mengalah, aku hanya menurut kemahuannya,

"Liyana Binti Zaharudin, pelajar perniagaan, baiklah terima kasih kerana memudahkan kerja saya," kadnya ku baca dikhalayak ramai sebelum aku beredar dari situ. Aku mengukir senyuman sinis sebagai tanda perpisahan

Aku berjaya membuatkan semua orang yang berada di situ menyampah dengan caraku termasuklah rakannya itu, kad pelajarnya, aku simpan di dalam beg dompet, tapi, tanpa dia sedar, raut wajahnya, suaranya, aku simpan di dalam hati.

Sekarang ini, aku perlu sediakan jawapan, untuk menjawab segala pertanyaan daripada dua orang rakan karibku, Nisa dan Syafikah.