Sunday, September 23, 2012

gagak..

aku tahu hidup hitam mu
bergelimpangan sampah sarap dunia mu
makan, berak mu merata-rata

gagak..

duniamu hanyalah bebanan manusia
caci maki, hina dari zina adalah melodimu
pantangmu kilauan pasti kau sambar
sedangkan kau bodoh dalam disleksia menilai antara emas dan kaca
akhirnya kau sendiri terluka.

gagak..

Walaupun hidupmu ibarat sisa dalam pinggan
matamu yang tajam tak pernah lekang melihat adik beradik mu
mereka cantik, mereka disayangi
tidak seperti mu,
lolongan anjing lebih merdu daripada mu
mata yang kau peroleh dipenuhi nafsu cemburu
hati kaca mulai retak
empangan air mata hampir roboh
mengenang kejadian mu

gagak..

walau apa roda hidupmu
kau masih tersenyum
senyuman yang dibalas dengan balingan batu
kau masih mampu terbang bebas
bebanan sayapmu kau gagahkan
suara kasarmu tetap kau nyanyikan
walaupun mengundang kemarahan

kerana kau tau

kewujudan mu ibarat permata dalam debu
apa yang berlaku ada tafsiran tertentu
teruslah berbangga dengan kejadianmu

aku di sini
akan terus menunggu mu dari tabir tepi jendela anak hindu..

nukilan
pes yang tidak sempurna


No comments:

Post a Comment