Sunday, March 25, 2012

Awak ingat lagi tak?

Awak ingat lagi x,
mcmn kita mula2 kenal?

Masa tu kita wat event sama2
Saya usha je awak, tapi awak xpandang pun saya.
-hati kata xpe xknl lagi kot, sabar...

Awak ingat lagi x,
mcmn kita mula berhubung?

Masa tu saya jual nasi lemak,
Saya jual kat awak, tapi awak tolak dengan senyuman
-hati kata ah mungkin dah kenyang

-Pastu kita mula jadi kawan-

Awak ingat lagi x,
mcmn kita mula2 dibelai perasaan?

Masa tu saya luahkan perasaan suka kat awak dalam muka buku
beribu2 kali saya minta maaf, takut awak marah, awah dah x nak kawan dgn saya terus
tapi rupa2nya awak pun simpan perasaan yang sama kat saya
-hati kata berbunga gila hati ni, kembang semacam je

Awak ingat lagi x,
mcmn kita mula2 bercinta?

Masa tu saya propose dalam handphone
sebenarnya saya takut2,tapi saya kuatkan hati saya,
awak kata beri masa kita berkawan dalam dua bulan lagi, baru awak beri kata putus
-hati kata sabar, kalau jodoh x ke mana

-akhirnya tempoh dua bulan berakhir, dan awak menerima saya dalam hidup awak, gembiranya saya waktu tu mcm nak terjun bangunan je

Awak ingat lagi x,
bila kita mula bertengkar?

Masa tu saya jln2 dengan kawan saya
entah mcmn saya ternampak kelibat awak dengan seorang lelaki, sungguh mesra, siap pegang muka awak lagi
masa hati saya hancur berderai, sakitnya x terkata,tapi
-hati kata xde papelah, mungkin dah cara hidup dia mcm tu, terima jelah, nanti tanya la dia

-pastu saya mesej awak, awak xbalas, saya tunggu awak balas, x balas juga sampai ke malam. akhirnya saya mengambil keputusan nak hubungi awak, awak angkat, awak minta maaf sebab tak balas, awak kata awak x perasan ada mesej masuk. tapi dalam kita sibuk bercakap, saya terdengar suara lelaki, saya tanya kat awak,
awak ke mana petang tadi? awak dengan siapa? sekarang awak kat mana?
awak cakap awak kat rumah, awak cakap saya salah pandang,xde sape2 pun, suara tv je, saya cakap ok, pastu saya persoalkan kejujuran awak, awak terus marah2 saya, maki saya xtentu pasal, saya diam je, akhirnya saya cakap kat awak, kalu awak dah ada lelaki lain dalam hidup awak, beritahu saya, saya sedia lepaskan walaupun pahit, janji awak bahagia, awak jawab FINE!! dan terus letak..

-pastu awak dah mula jauh dari saya

Awak ingat lagi x,
mcmn kita berpisah?

Masa tu saya pergi beli hadiah untuk awak memandangkan bzday awak dah nak dekat
tapi sekali lagi saya nampak awak, kali ni, saya yakin saya x salah pandang sbb kita bertentang mata dengan seorang lelaki yg berada di sebelah awak, jadi saya pahamlah kedudukan saya di mana di hati awak, hati siapa x sakit, hati siapa x terluka tapi
-hati kata biarlah, janji dia bahagia, xpe, setiap yang berlaku ada hikmah, mungkin dpt jodoh dgn orang yang lebih baik daripadanya.

-malam tu juga saya hantar pesanan terakhir saya pada awak

'Assalamualaikum.....
Maaf mengganggu awak, bukan nawaitu saya utk mengganggu, cuma ingin meluahkan perasaan saya pada awak

Sepanjang perkenalan kita saya xpernah rasakan kegembiraan seperti ini, saya xpernah sangka dapat menjadi peneman awak, terima kasih ye wak..

tapi, langit xselalunya cerah, bohonglah kalau dalam 1 perhubungan x terselit masalah, begitu juga dengan kita, bohonglah dalam 1 perhubungan x terpalit rasa cemburu dan curiga..

saya perasan awak mulai berubah sedikit demi sedikit, dan itu menguatkan lagi perasaan curiga saya pada awak, maaf, saya bodoh, saya x patut mempersoalkan kejujuran awak . Tapi hari ni semuanya sudah terjawab

saya x rasa awak mampu untuk berdalih lagi, mengapa x beritahu perkara sebenar? Saya x kisah awak ada siapa sekalipun , sebab saya tau saya x pernah layak untuk awak, Saya cuma anak kampung, X berharta , x berkereta, hanya EX5 je untuk bawa awak berjalan2

Xpelah mmg dah ditulis bukan jodoh kita utk bersama, btw, pandai awak mencari lelaki yang sepadan dengan awak, kaya, berkerera besar, pakaian lagi kemas, orang kampung mcm saya mana ada duit nak b saya cuma beli mcm 2. Tahniah..

Saya tertanya2, kalau la saya ni anak orang kaya, adakah awak akan berpaling daripada saya? biarlah persoalan itu tinggal persoalan

Jadi sempena hari jadi awak yang bakal menjelang ni, saya hadiahkan PERPISAHAN kita sebagai hadiah saya utk awak dan saya doakan awak bahagia bersama insan yang awak puja
saya pasti awak mesti gembira dengan hadiah saya sebab lepas ni awak bebas nak lakukan apa saja yang awak suka, nak kemana pun dah senang..

cukuplah sampai di sini
thx 4 everything
sry 4 nothing
bye
Assalamualaikum

dan itulah mesej terakhir saya utk awak

Awak ingat lagi x,
awak ingat semua tu?
awak ingat lagi semua kenangan kita?
-hati kata xmungkin dia ingat, dia dah bahagia dengan kekasihnya sekarang

Awak..
Walaupun awak dah x ingat saya
tapi saya sentiasa mengingati awak...

Walaupun lapuk lamanya cerita kita, tapi kenangan kita bersama masih menebal di hati dan minda saya

Nukilan Pes yang tidak sempurna

No comments:

Post a Comment