Thursday, March 29, 2012

mak


Bila dahaga, yang susukan aku…. Mak…
Bila lapar, yang suapkan aku…. Mak..
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. Mak…
Bila nangis, orang pertama yang datang …. Mak…
Bila nak bermanja, aku dekati……. Mak..
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..
Bila nakal, yang memarahi aku…. Mak..
Bila merajuk, yang memujukku cuma… Mak..
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. Mak..
Bila takut, yang tenangkan aku…. Mak…
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. Mak..
Aku selalu teringatkan ….. Mak..
Bila sedih, aku mesti talipon… Mak..
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu… Mak..
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..
Bila takut, aku selalu panggil… “Mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. Mak..
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. Mak..
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. Mak..
Bila ada masalah, yang paling risau…. Mak..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. Mak..
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. Mak..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. Mak..
Yang selalu berleter kat aku… Mak..
Yang selalu puji aku…. Mak..
Yang selalu nasihat aku…… Mak..
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. Mak..
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari…. Pasanganku..
Bila sedih, aku cari….. Mak..
Bila berjaya, aku ceritakan pada…. Pasanganku..
Bila gagal, aku ceritakan pada…. Mak..
Bila bahagia, aku peluk erat….Pasanganku..
Bila berduka, aku peluk erat…. Emakku..
Bila nak bercuti, aku bawa…. Pasanganku..
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. Mak..
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu…Aku ingat pasanganku
Selalu..Mak ingat kat aku
Bila-bila…. Aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak..
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
“Kalau anda sudah habis belajar dan bekerja… bolehkah anda kirim wang untuk mak?

*sumber http://www.gelagatkita.com/

Wednesday, March 28, 2012

Cinta Mat Rempit


‎​

Sepasang kekasih sedang melaju lebih dari 100 km/jam di jalan dengan sebuah motor.

Perempuan : Pelan-pelan, aku takut.

Lelaki : Ala, rileklah, best ni.

Perempuan : Tidak, ini tak menyenangkan langsung. Please, aku takut!

Lelaki : Baik, tapi cakap dulu yang kau cintakan aku.

Perempuan : Aku mencintaimu! Sekarang slowkan motor ni!

Lelaki : Sekarang beri aku pelukan yang erat.

(Lalu si Perempuan memeluknya)

Lelaki : Boleh tak kau buka helmet ni & kau pakai? RIMAS!

(Si Perempuan itu pun menurutinya)

Keesokan harinya ada berita yang mengatakan sepasang kekasih terlibat kemalangan maut. Punca kemalangan adalah disebabkan tayar rim tayar motornya yang bengkok dan didapati penungang menunggang laju,dalam nahas tersebut, cuma pembonceng sahaja yang didapati terselamat.

Sebenarnya Lelaki telah menyadari bahawa rim tayar motornya rosak, tapi dia tidak ingin membiarkan kekasihnya tau.Dia meminta kekasihnya berkata dia mencintainya & merasakan pelukannya, kerana dia tau itu untuk terakhir kali baginya.Dia lalu menyuruhnya memakai helmet supaya kekasihnya akan tetap hidup walaupun itu bererti yang ia akan mati…

Pernahkah kamu mencintai seseorang sampai sebesar ini ???

Ataukah hanya sebatas memperhatikannya, peduli, menelefon atau mengirimkannya sms hanya untuk membuatnya bahagia?

Pernahkah kamu mengatakan “AKU MENCINTAIMU” padanya?Ataukah kamu menunggu untuk mengatakan itu disaat kamu berada dlm situasi seperti diatas motor itu?

Jika tidak, kamu masih punya kesempatan untuk mencintainya lebih lagi.Jangan menyimpan rasa cinta itu hanya di dalam hati.

Katakan padanya bahwa kau mencintainya

Kerana kamu tidak pernah tahu, apakah esok kamu masih mempunyai waktu dan kesempatan untuk mengungkapkannya

Ayah..


Fakta seorang insan yang bergelar ayah

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari, Tapu tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil ibulah yang sering mendukung kita, Tapi tahukah kita sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


*sumber muka buku

Monday, March 26, 2012




Tak perlu mencari teman seperti Balqis, Kalau diri tak seindah Sulaiman,

Mengapa Mengaharap teman setampan Yusuf, Kalau kasih tak seteguh Zulaika,

Tak perlu teman seteguh Ibrahim, Kalau diri tak sekuat Hajar dan Sarah,

Mengapa mendamba wanita seistimewa Khadijah, kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.,

pilihan





Sunday, March 25, 2012

Awak ingat lagi tak?

Awak ingat lagi x,
mcmn kita mula2 kenal?

Masa tu kita wat event sama2
Saya usha je awak, tapi awak xpandang pun saya.
-hati kata xpe xknl lagi kot, sabar...

Awak ingat lagi x,
mcmn kita mula berhubung?

Masa tu saya jual nasi lemak,
Saya jual kat awak, tapi awak tolak dengan senyuman
-hati kata ah mungkin dah kenyang

-Pastu kita mula jadi kawan-

Awak ingat lagi x,
mcmn kita mula2 dibelai perasaan?

Masa tu saya luahkan perasaan suka kat awak dalam muka buku
beribu2 kali saya minta maaf, takut awak marah, awah dah x nak kawan dgn saya terus
tapi rupa2nya awak pun simpan perasaan yang sama kat saya
-hati kata berbunga gila hati ni, kembang semacam je

Awak ingat lagi x,
mcmn kita mula2 bercinta?

Masa tu saya propose dalam handphone
sebenarnya saya takut2,tapi saya kuatkan hati saya,
awak kata beri masa kita berkawan dalam dua bulan lagi, baru awak beri kata putus
-hati kata sabar, kalau jodoh x ke mana

-akhirnya tempoh dua bulan berakhir, dan awak menerima saya dalam hidup awak, gembiranya saya waktu tu mcm nak terjun bangunan je

Awak ingat lagi x,
bila kita mula bertengkar?

Masa tu saya jln2 dengan kawan saya
entah mcmn saya ternampak kelibat awak dengan seorang lelaki, sungguh mesra, siap pegang muka awak lagi
masa hati saya hancur berderai, sakitnya x terkata,tapi
-hati kata xde papelah, mungkin dah cara hidup dia mcm tu, terima jelah, nanti tanya la dia

-pastu saya mesej awak, awak xbalas, saya tunggu awak balas, x balas juga sampai ke malam. akhirnya saya mengambil keputusan nak hubungi awak, awak angkat, awak minta maaf sebab tak balas, awak kata awak x perasan ada mesej masuk. tapi dalam kita sibuk bercakap, saya terdengar suara lelaki, saya tanya kat awak,
awak ke mana petang tadi? awak dengan siapa? sekarang awak kat mana?
awak cakap awak kat rumah, awak cakap saya salah pandang,xde sape2 pun, suara tv je, saya cakap ok, pastu saya persoalkan kejujuran awak, awak terus marah2 saya, maki saya xtentu pasal, saya diam je, akhirnya saya cakap kat awak, kalu awak dah ada lelaki lain dalam hidup awak, beritahu saya, saya sedia lepaskan walaupun pahit, janji awak bahagia, awak jawab FINE!! dan terus letak..

-pastu awak dah mula jauh dari saya

Awak ingat lagi x,
mcmn kita berpisah?

Masa tu saya pergi beli hadiah untuk awak memandangkan bzday awak dah nak dekat
tapi sekali lagi saya nampak awak, kali ni, saya yakin saya x salah pandang sbb kita bertentang mata dengan seorang lelaki yg berada di sebelah awak, jadi saya pahamlah kedudukan saya di mana di hati awak, hati siapa x sakit, hati siapa x terluka tapi
-hati kata biarlah, janji dia bahagia, xpe, setiap yang berlaku ada hikmah, mungkin dpt jodoh dgn orang yang lebih baik daripadanya.

-malam tu juga saya hantar pesanan terakhir saya pada awak

'Assalamualaikum.....
Maaf mengganggu awak, bukan nawaitu saya utk mengganggu, cuma ingin meluahkan perasaan saya pada awak

Sepanjang perkenalan kita saya xpernah rasakan kegembiraan seperti ini, saya xpernah sangka dapat menjadi peneman awak, terima kasih ye wak..

tapi, langit xselalunya cerah, bohonglah kalau dalam 1 perhubungan x terselit masalah, begitu juga dengan kita, bohonglah dalam 1 perhubungan x terpalit rasa cemburu dan curiga..

saya perasan awak mulai berubah sedikit demi sedikit, dan itu menguatkan lagi perasaan curiga saya pada awak, maaf, saya bodoh, saya x patut mempersoalkan kejujuran awak . Tapi hari ni semuanya sudah terjawab

saya x rasa awak mampu untuk berdalih lagi, mengapa x beritahu perkara sebenar? Saya x kisah awak ada siapa sekalipun , sebab saya tau saya x pernah layak untuk awak, Saya cuma anak kampung, X berharta , x berkereta, hanya EX5 je untuk bawa awak berjalan2

Xpelah mmg dah ditulis bukan jodoh kita utk bersama, btw, pandai awak mencari lelaki yang sepadan dengan awak, kaya, berkerera besar, pakaian lagi kemas, orang kampung mcm saya mana ada duit nak b saya cuma beli mcm 2. Tahniah..

Saya tertanya2, kalau la saya ni anak orang kaya, adakah awak akan berpaling daripada saya? biarlah persoalan itu tinggal persoalan

Jadi sempena hari jadi awak yang bakal menjelang ni, saya hadiahkan PERPISAHAN kita sebagai hadiah saya utk awak dan saya doakan awak bahagia bersama insan yang awak puja
saya pasti awak mesti gembira dengan hadiah saya sebab lepas ni awak bebas nak lakukan apa saja yang awak suka, nak kemana pun dah senang..

cukuplah sampai di sini
thx 4 everything
sry 4 nothing
bye
Assalamualaikum

dan itulah mesej terakhir saya utk awak

Awak ingat lagi x,
awak ingat semua tu?
awak ingat lagi semua kenangan kita?
-hati kata xmungkin dia ingat, dia dah bahagia dengan kekasihnya sekarang

Awak..
Walaupun awak dah x ingat saya
tapi saya sentiasa mengingati awak...

Walaupun lapuk lamanya cerita kita, tapi kenangan kita bersama masih menebal di hati dan minda saya

Nukilan Pes yang tidak sempurna