Wednesday, February 7, 2018

Pilihan (pagi)

2 Pilihan di pagi hari

A

Sambung tidur dan lanjutkan mimpi

B

Bangun tidur dan kejar mimpi

Mana pilihanmu?

Harga Seorang Ketua Bukannya Murah

Harga seorang Ketua bukannya murah,
Nak kena tengok semua anak buah,
Bukan duduk goyang kaki melangak dekat rumah,
Hujung-hujung dapat gaji, tahu-tahu dah sampai Kedah,
Anak buah telefon kat mana? lah dah sampai Sabah.

Harga seorang Ketua bukannya murah,
Kau perlu berhadapan dengan semua musibah,
Baik dari semua hierarki jawatan hinggalah ke semua sudut dan belah,
Kalau kau lari, kat akhirat kelak, elok-elok nak melangkah Syurga kena tarik ke Neraka haa masalah,
Siapa suruh tak buat kerja, haa kan padah.

Harga seorang Ketua bukannya murah,
Nak jadi Ketua sifatnya tak perlu marah-marah,
Bukan tunjuk lagak dengan mengarah,
Jangan pandang enteng jangan pandang rendah,
Hujung-hujung anak buah cabut kau juga yang menggelabah.

Harga seorang Ketua bukannya murah,
Terikat dengan janji sebagai seorang Khalifah,
Memimpin makmummu bukannya mudah,
Begitu padu begitu berat memikul amanah.

Harga seorang Ketua bukannya murah,
Tak boleh rasa diri setiap masa betul, ada masanya kena mengalah,
Belajar rasa kehidupan orang bawah bukan hidup tiap masa bermewah,
Barulah anak buah suka barulah rapat hubungan dan ukhwah,
Tapi, mampukah kau selaku Ketua untuk berubah?
Kerana sifat manusia sukar menunjukan dirinya lemah,
Sentiasa nak tunjuk hebat sentiasa nak tunjuk dirinya gah.



Harga seorang Ketua bukannya murah
Nukilan: Pes yang tidak sempurna