Saturday, May 27, 2017

Harga seorang KETUA

Ketua,

Satu jawatan yang GAH

Jawatan idaman semua,
Gajinya lebih besar daripada orang lain,
Lebih dikenali orang2 besar

dari satu sudut ramai yang sudut ini semata-mata, Tapi apa mereka benar2 memahami Seorang Ketua?

Menjadi seorang ketua harus benar2 memahami anak buah kau, semua aspek harus dilihat antaranya:

- Mental dan kesihatan
- Adab dan tatasusila
- Cara berkomunikasi
- Disiplin
- Pelaksanaan tugas

Juga harus kuat, khususnya penyediaan mental, sekiranya berlaku apa2 perkara yang tidak diingini, Kau harus bersedia dengan istilah gunting dalam lipatan, duri dalam daging. Semua ini akan terjadi kalau kau tak mencegah, dan sekiranya perkara buruk terjadi, kau harus tahu langkah seterusnya,

Jujur pada ketika ini, kau akan berperang dengan kuasa sebuah perhubungan dan profesionalisme kerja. Semua kesilapan anah buah, kau perlu tanggung sama. Walaupun kesalahan itu diluar pengetahuan kau, kau perlu bertanggungjawab dan bersedia untuk menjawab dengan pihak atasan. Kau perlu matang dan tenang dalam menyelesaikan masalah. Kau harus pantas untuk menyediakan jalan penyelesaian

kau perlu sesuaikan emosi dan komunikasi dalam menegur/mengajar/menghukum.

Kau perlu lebih hebat daripada anak buah,kau perlu menguasai semua perkara yang berkaitan. Tapi jangan malu untuk belajar daripada anak buah, kerana itu salah satu proses yang mendekatkan kau dengan anak buah kau.


Disayangi

Disanjungi

Dicemburui

Dikhianati


Ini semua seorang ketua akan/telah lalui, begitu BERAT beban ditanggung, begitu BESAR amanah yang dipikul dan akan dijawab di akhirat kelak.


Harga seorang ketua
Pes yang tidak sempurna