Saturday, June 22, 2013

Allah suka keluhan orang yang berdosa

Keluhan orang berdosa kerana dosa-dosanya
Tuhan amat suka
Lebih-lebih lagi gugurnya air matanya
waktu menangis mengenangkan dosa-dosanya
memadamkan api Neraka
Takutnya kepada Tuhan kalau-kalau terbuat salah
atau takut tidak diampunkan dosa
adalah ibadah

Sedangkan orang beribadah

belum tentu lagi jadi ibadah
Kerana ibadah itu mestilah dirasa oleh hati
di dalam ibadahnya
Penghayatan itu adalah kerja hati
Kalau fizikal sahaja yang nampaknya beribadah
hati tidak beribadah
tidak ada erti apa-apa dengan ibadahnya

Tuhan tidak pandang rangka

tapi pandang isinya
Rangka cantik macam mana sekalipun
tidak ada isi, tidak ada erti apa-apa
Rasa bertuhan dibawa ke mana-mana
ini adalah ibadah batin

Pahalanya sentiasa mengalir selagi ada rasa

Rasa hamba dibawa ke mana-mana
lemah dan tiada kuasa
adalah juga ibadah batin

Rasa hamba itulah sifat hamba yang sebenarnya

Janganlah sifat hamba itu ditukar
kepada sifat tuan atau ketuhanan
Itu sombong namanya

Dia ambil pakaian Tuhan dan dipakainya

Tuhan sangat murka
Sifat ketuanan itu ialah bangga diri, Tuhan benci
Siapalah kita manusia ini hendak rasa bangga
Takkan kita tidak sedar lemahnya diri manusia ini
Mengapa pula kita rasa ada kuasa dan bangga diri pula
Ini sikap orang yang tidak sedarkan diri

Takkan kita tidak sedar

bahawa kita ini dhaif dan lemah
Setiap saat kita perlu bantuan
Bantuan oksigen, bantuan kesihatan
bantuan kerehatan
Bantuan-bantuan yang diperlukan itu
siapa yang empunya?

Takkan kita buat tidak tahu dari mana kita dapat

Kalau kita sedar ini semuanya
di dalam fikiran setiap masa
atau di dalam perasaan
itulah dia ibadah
Ibadah tanpa perbuatan
ibadah batin atau ibadah rohaniah namanya
Perasaan itu atau kesedaran itu
adalah diberi pahala 

Sunday, June 9, 2013

Assalamualaikum,
lama aku meninggalkan dunia tintaku,Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan utk menambah hasil karya ku yg dah lama aku simpan, terima aku ucapkan bagi mereka yg melayari dunia ku, InShaa Allah aku akan hasilkan lebih banyak lagi

Viva, Facebook dan Kek Cinta (Babak Pertama)

Suasana pagi terasa benar lainnya, tidak seperti hari-hari sebelum, pancaran suria lemah menyinari bumi. Penduduk Desa Dahlia menggunakan waktu yang ada untuk melakukan aktiviti luar, ada yang membasuh kereta, ada juga yang sibuk bercucuk tanam.

"Mi, dah pukul 10.30 ni, bila nak gerak pergi wisma? kejap lagi wisma tutup, banyak perkara yang nak kita uruskan," suara Zaki menerjah halwa telingaku.

"Hmm, kita gerak dalam pukul 2.30 lah, senang sikit, semua staff dah ada kat situ, kalau gerak pagi ni pun belum tentu orang ada," balasku.

Zaki membatukan diri sebagai tanda akur dengan kata-kataku

Aku yang ketika ini sedang melayan facebook,  memang berat kaki nak melangkah keluar. Tambahan pula, mataku baru sahaja besar melihat dunia.

  Zaki, rakan dari selatan tanah air, datang menuntut di Muadzam Shah, sama seperti ku. Perwatakannya yang kurang bercakap dan seorang yang penyabar, membuatkan dia mudah didekati termasuklah aku. Tidak suka akan sebarang pergaduhan, baik yang halus sehinggalah yang kasar menjadi satu daripada prinsip hidupnya. Sebolehnya, dia akan menghindari sebarang permasalahan dengan hanya mengalah dan mendiamkan diri. Sangat setia dengan desktopnya dan mahir dalam bidang pengkomputeran walaupun tidak bertauliah. Cerita sahaja apa masalah tentang komputer, In Shaa Allah, dia dapat membantu.

Jam tanganku tepat menunjukkan pukul dua, Zaki kelihatan sibuk berhias, rambutnya kemas bersisip tepi, pakaiannya dipastikan bergosok sebelum disarung, Semburan minyak wangi di leher dan pergelangan tangannya tidak dilupakan. Dia kelihatan sudah bersedia melangkah keluar dari rumah. Sedang dia bersiap, aku pula memanaskan enjin viva ku sebelum memulakan langkah.Perjalanan dari rumahku ke wisma tidaklah jauh, hanya memakan masa kurang dari 10 minit dalam kelajuan kelajuan 60 km per sejam. Setibanya Zaki duduk dan menutup kemas pintu vivaku, aku terus memacu keluar dari perkarangan rumah menuju ke destinasi yang dituju.

 Di lobi wisma, mataku tidak lari dari melihat perlakuan aneh sekumpulan pelajar perempuan. Aku sendiri tidak pasti apa yang dibualkan oleh mereka, namun aku pasti apa sahaja yang dibualkan semestinya berkait rapat denganku.

Dalam selitan kelompok yang terdiri daripada lapan orang gadis, Aku melihat seorang daripadanya yang membuatkan aku terpaku seketika.

"Oh inilah dia orang yang melambai-lambai tangan kat aku hari tu, tahulah aku apa yang mereka bicarakan," hati kecilku bersuara.

Aku memberikan sebuah senyuman sinis kepadanya sebelum melangkah pergi ke tingkat atas. Dia membalas senyumanku dengan reaksi malunya disertakan bersama kekalutan di mukanya, dengan serta merta dia melarikan pandangannya terhadapku dan berselindung dibalik himpunan rakan-rakannya.

 "Mi, apahal kau tersenyum, tersengih macam kambing ni? dah gila agaknya kawan aku ini," suara Zaki melenyapkan aku daripada mengenang peristiwa tadi.

 "Eh, mana ada apa-apa,"penafian kata dariku membuatkan Zaki lagi hilang rasa percaya dengan kata-kataku

 "Kau jangan nak 'klentong', aku la, macamlah aku tak kenal kau, kenapa? apa yang berlaku?" jelas sekali Zaki mengetahui bahawa aku membohonginya

Aku tidak dapat berselindung lagi dek tembakan soalan yang bertalu-talu daripada Zaki, lalu aku ceritakan apa yang terjadi sebentar tadi.

 "Mana perempuan tu, aku nak tengok, mana lah tau muka dia macam Yoona ke, tak pun Julie Woon ke, bolehlah kau cuba, kalau kau tak nak, kau pass je kat aku, aku pun dah lama menduda," Usik si Zaki

 " Kau ingat apa?bola ke boleh main 'pass-pass'? Selera kau punyalah tinggi, tak sedar kau tu tak berapa nak tinggi," jelasku

 "'Excuse me', hello kawan, kau tu lagi rendah daripada aku, jangan nak bercerita macam kau lagi tinggi daripada aku," balas Zaki diiringi gelak tawa.

 "Hmm, nantilah, kalau ada rezeki jumpa dia, aku tunjukkanlah kat kau," jelasku