Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Saturday, February 23, 2013
Kisah Lelaki untuk Perempuan
Hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.. Andainya Perempuan Tahu…
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Lelaki boleh menjadi seorang yang merimaskan dengan cuba mengawal dan mengongkong tiap gerak geri pasanganya. Namun, tindakannya bukanlah untuk membebankan wanita, cuma ingin menunjukkan betapa lelaki itu bersungguh-sungguh dalam menjaga suatu perhubungan dan cuba menjadi pelindung terhadap pasangannya.
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakannya, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Oleh sebab itu, lelaki acap kali melakukan kesilapan dalam suatu perhubungan. Namun, bukan niat di hati untuk menyakitkan hati, tapi sikap lelaki yang tidak putus asa mencuba pelbagai cara dalam memenangi hati seorang wanita.
- Lelaki kebiasaannya tidak mengingati tarikh-tarikh penting bersama orang yang disayangi, kerana bagi seorang lelaki, apa yang penting baginya ialah dapat melihat orang yang dikasihi berada di depan mata, mengukir senyuman dan bahagia bersama bersamanya.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. Sebolehnya, lelaki akan menunjukkan kepada wanita bahawa mereka adalah insan yang kuat, dan tidak sesekali menunjukkan kelemahannya terutama air mata pada insan yang disayangi. Namun jika air mata lelaki jatuh kerana seorang wanita . Ketahuilah bahawa lelaki tersebut benar-benar mencintainya dan tidak ingin sesekali untuk berpisah dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)