Saturday, June 22, 2013

Allah suka keluhan orang yang berdosa

Keluhan orang berdosa kerana dosa-dosanya
Tuhan amat suka
Lebih-lebih lagi gugurnya air matanya
waktu menangis mengenangkan dosa-dosanya
memadamkan api Neraka
Takutnya kepada Tuhan kalau-kalau terbuat salah
atau takut tidak diampunkan dosa
adalah ibadah

Sedangkan orang beribadah

belum tentu lagi jadi ibadah
Kerana ibadah itu mestilah dirasa oleh hati
di dalam ibadahnya
Penghayatan itu adalah kerja hati
Kalau fizikal sahaja yang nampaknya beribadah
hati tidak beribadah
tidak ada erti apa-apa dengan ibadahnya

Tuhan tidak pandang rangka

tapi pandang isinya
Rangka cantik macam mana sekalipun
tidak ada isi, tidak ada erti apa-apa
Rasa bertuhan dibawa ke mana-mana
ini adalah ibadah batin

Pahalanya sentiasa mengalir selagi ada rasa

Rasa hamba dibawa ke mana-mana
lemah dan tiada kuasa
adalah juga ibadah batin

Rasa hamba itulah sifat hamba yang sebenarnya

Janganlah sifat hamba itu ditukar
kepada sifat tuan atau ketuhanan
Itu sombong namanya

Dia ambil pakaian Tuhan dan dipakainya

Tuhan sangat murka
Sifat ketuanan itu ialah bangga diri, Tuhan benci
Siapalah kita manusia ini hendak rasa bangga
Takkan kita tidak sedar lemahnya diri manusia ini
Mengapa pula kita rasa ada kuasa dan bangga diri pula
Ini sikap orang yang tidak sedarkan diri

Takkan kita tidak sedar

bahawa kita ini dhaif dan lemah
Setiap saat kita perlu bantuan
Bantuan oksigen, bantuan kesihatan
bantuan kerehatan
Bantuan-bantuan yang diperlukan itu
siapa yang empunya?

Takkan kita buat tidak tahu dari mana kita dapat

Kalau kita sedar ini semuanya
di dalam fikiran setiap masa
atau di dalam perasaan
itulah dia ibadah
Ibadah tanpa perbuatan
ibadah batin atau ibadah rohaniah namanya
Perasaan itu atau kesedaran itu
adalah diberi pahala 

Sunday, June 9, 2013

Assalamualaikum,
lama aku meninggalkan dunia tintaku,Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan utk menambah hasil karya ku yg dah lama aku simpan, terima aku ucapkan bagi mereka yg melayari dunia ku, InShaa Allah aku akan hasilkan lebih banyak lagi

Viva, Facebook dan Kek Cinta (Babak Pertama)

Suasana pagi terasa benar lainnya, tidak seperti hari-hari sebelum, pancaran suria lemah menyinari bumi. Penduduk Desa Dahlia menggunakan waktu yang ada untuk melakukan aktiviti luar, ada yang membasuh kereta, ada juga yang sibuk bercucuk tanam.

"Mi, dah pukul 10.30 ni, bila nak gerak pergi wisma? kejap lagi wisma tutup, banyak perkara yang nak kita uruskan," suara Zaki menerjah halwa telingaku.

"Hmm, kita gerak dalam pukul 2.30 lah, senang sikit, semua staff dah ada kat situ, kalau gerak pagi ni pun belum tentu orang ada," balasku.

Zaki membatukan diri sebagai tanda akur dengan kata-kataku

Aku yang ketika ini sedang melayan facebook,  memang berat kaki nak melangkah keluar. Tambahan pula, mataku baru sahaja besar melihat dunia.

  Zaki, rakan dari selatan tanah air, datang menuntut di Muadzam Shah, sama seperti ku. Perwatakannya yang kurang bercakap dan seorang yang penyabar, membuatkan dia mudah didekati termasuklah aku. Tidak suka akan sebarang pergaduhan, baik yang halus sehinggalah yang kasar menjadi satu daripada prinsip hidupnya. Sebolehnya, dia akan menghindari sebarang permasalahan dengan hanya mengalah dan mendiamkan diri. Sangat setia dengan desktopnya dan mahir dalam bidang pengkomputeran walaupun tidak bertauliah. Cerita sahaja apa masalah tentang komputer, In Shaa Allah, dia dapat membantu.

Jam tanganku tepat menunjukkan pukul dua, Zaki kelihatan sibuk berhias, rambutnya kemas bersisip tepi, pakaiannya dipastikan bergosok sebelum disarung, Semburan minyak wangi di leher dan pergelangan tangannya tidak dilupakan. Dia kelihatan sudah bersedia melangkah keluar dari rumah. Sedang dia bersiap, aku pula memanaskan enjin viva ku sebelum memulakan langkah.Perjalanan dari rumahku ke wisma tidaklah jauh, hanya memakan masa kurang dari 10 minit dalam kelajuan kelajuan 60 km per sejam. Setibanya Zaki duduk dan menutup kemas pintu vivaku, aku terus memacu keluar dari perkarangan rumah menuju ke destinasi yang dituju.

 Di lobi wisma, mataku tidak lari dari melihat perlakuan aneh sekumpulan pelajar perempuan. Aku sendiri tidak pasti apa yang dibualkan oleh mereka, namun aku pasti apa sahaja yang dibualkan semestinya berkait rapat denganku.

Dalam selitan kelompok yang terdiri daripada lapan orang gadis, Aku melihat seorang daripadanya yang membuatkan aku terpaku seketika.

"Oh inilah dia orang yang melambai-lambai tangan kat aku hari tu, tahulah aku apa yang mereka bicarakan," hati kecilku bersuara.

Aku memberikan sebuah senyuman sinis kepadanya sebelum melangkah pergi ke tingkat atas. Dia membalas senyumanku dengan reaksi malunya disertakan bersama kekalutan di mukanya, dengan serta merta dia melarikan pandangannya terhadapku dan berselindung dibalik himpunan rakan-rakannya.

 "Mi, apahal kau tersenyum, tersengih macam kambing ni? dah gila agaknya kawan aku ini," suara Zaki melenyapkan aku daripada mengenang peristiwa tadi.

 "Eh, mana ada apa-apa,"penafian kata dariku membuatkan Zaki lagi hilang rasa percaya dengan kata-kataku

 "Kau jangan nak 'klentong', aku la, macamlah aku tak kenal kau, kenapa? apa yang berlaku?" jelas sekali Zaki mengetahui bahawa aku membohonginya

Aku tidak dapat berselindung lagi dek tembakan soalan yang bertalu-talu daripada Zaki, lalu aku ceritakan apa yang terjadi sebentar tadi.

 "Mana perempuan tu, aku nak tengok, mana lah tau muka dia macam Yoona ke, tak pun Julie Woon ke, bolehlah kau cuba, kalau kau tak nak, kau pass je kat aku, aku pun dah lama menduda," Usik si Zaki

 " Kau ingat apa?bola ke boleh main 'pass-pass'? Selera kau punyalah tinggi, tak sedar kau tu tak berapa nak tinggi," jelasku

 "'Excuse me', hello kawan, kau tu lagi rendah daripada aku, jangan nak bercerita macam kau lagi tinggi daripada aku," balas Zaki diiringi gelak tawa.

 "Hmm, nantilah, kalau ada rezeki jumpa dia, aku tunjukkanlah kat kau," jelasku



Friday, March 8, 2013



Tercipta engkau dari rusuk lelaki 
Bukan dari kaki untuk dialasi 
Bukan dari kepala untuk dijunjung 
Tapi dekat dibahu untuk dilindung 
Dekat jua di hati untuk dikasihi 
Engkaulah WANITA hiasan duniawi

Wednesday, March 6, 2013

Sikap ku

Ye benar bahasa lelaki ku mmg kasar
tapi sedarkah kau, dalam kasar ada tangisan

Ye benar aku tawar hati dengar luahanmu
tapi tahukah kau, sekalipun kau luahkan, aku tetap akan mendengar

Ye benar aku mudah marah,
tapi percayalah, hati yang marah boleh dilembutkan dengan ungkapan maaf yang ikhlas


Wednesday, February 27, 2013




Girl: Why do you follow me everytime???

Boy: Well! When i was kid, my parents always use to say
"Keep following your dreams until you meet them"

Saturday, February 23, 2013

Kisah Lelaki untuk Perempuan


Hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.. Andainya Perempuan Tahu… 

- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Lelaki boleh menjadi seorang yang merimaskan dengan cuba mengawal dan mengongkong tiap gerak geri pasanganya. Namun, tindakannya bukanlah untuk membebankan wanita, cuma ingin menunjukkan betapa lelaki itu bersungguh-sungguh dalam menjaga suatu perhubungan dan cuba menjadi pelindung terhadap pasangannya.



- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


- Kebanyakannya, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Oleh sebab itu, lelaki acap kali melakukan kesilapan dalam suatu perhubungan. Namun, bukan niat di hati untuk menyakitkan hati, tapi sikap lelaki yang tidak putus asa mencuba pelbagai cara dalam memenangi hati seorang wanita.


- Lelaki kebiasaannya tidak mengingati tarikh-tarikh penting bersama orang yang disayangi, kerana bagi seorang lelaki, apa yang penting baginya ialah dapat melihat orang yang dikasihi berada di depan mata, mengukir senyuman dan bahagia bersama bersamanya.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. Sebolehnya, lelaki akan menunjukkan kepada wanita bahawa mereka adalah insan yang kuat, dan tidak sesekali menunjukkan kelemahannya terutama air mata pada insan yang disayangi. Namun jika air mata lelaki jatuh kerana seorang wanita . Ketahuilah bahawa lelaki tersebut benar-benar mencintainya dan tidak ingin sesekali untuk berpisah dengannya.

Thursday, January 31, 2013

Viva, Facebook dan Kek Cinta (Prolog)

  petang yang hening itu, aku berehat di tepi tasik kampusku sambil baring berlantaikan rumput.Tangan kiri dan kanan, ku silangkan menjadi bantal untukku labuhkan kepala. Mataku tak lekang dari memandang gumpalan awan yang seolah-olah menari di pentas langit kurniaan Illahi yang kian suram. Sesekali, datang sang angin sepoi-sepoi menyapa tubuhku, dan pada ketika ini, aku tenggelam dalam lautan nostalgia mengimbau kembali detik-detik indah,suka dan duka, lara dan sengsara sepanjang bertahun lamanya aku menetap di bandar hutan ini.

"Woi Mi, berapa lama lagi kau nak terbaring kat sini? kami ni nak ke pekan beli barang, tak lama lagi dah nak Maghrib," suara Nisa menerjah keheningan petang. Akibatnya, lamunanku terhenti lalu memecahkan buih-buih kenangan yang sebentar tadi menghiasi di benak pemikiranku. Aku terkesima dan kaku seketika.

"Entah dia ni, tak tahulah apa yang dia termenungkan, orang nak pergi beli tiket bas lagi, kalau lambat nanti habis pula,"  suara Syafikah pula menyambung, menguatkan lagi kata-kata kawan baiknya itu.

"Yelah, dah jom kita bergerak,"  jawabku bersahaja lalu beredar menaiki tangga menuju ke arah viva putihku yang tidak berapa jauh dari tempatku bermain perasaan.


Syafikah dan Nisa sememangnya satu gandingan yang tidak dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku. Hubungan mereka dapatku simpulkan seperti lagu dan irama, susunan nada dan melodinya sederhana, namun getarannya luar biasa, Andai dipisah lagu dan irama, maka rosaklah lagu , pincanglah irama. 

Datangnya aku dalam lipatan hubungan mereka, mencorakkan lagi kain persahabatan. Secara tidak langsung, kehadiran meraka banyak merubah kehidupan ku. Mereka begitu memahami dan banyak membantuku terutamanya dari segi kewangan. Aku bukanlah lahir daripada golongan pengemis, Tapi aku tak pernah diajar menagih simpati meminta-minta. Sedari kecil lagi aku diajar supaya jangan bertuankan  wang. 

Aku hidupkan enjin kereta dan menunggu beberapa minit sebelum bergerak menuju ke pekan. Dalam perjalan menuju ke destinasi, sebuah viva hijau dari arah bertentangan bergerak menuju ke arahku. Ketika itu aku melihat kelibat seorang wanita di tempat duduk penumpang melambai tangan kepadaku. Tiba-tiba wanita itu menundukkan kepalanya apabila viva kepunyaanku betul-betul bersebelahan dengan viva hijau milik kawannya.

"Siapa tu Mi? Kenapa dia lambai tangan lepas tu tundukkan kepala?"  tanya Nisa

"Entahlah Nisa, aku pun tak tahu dan tak kenal pun siapa perempuan tu,"  jawabku.

"Tapikan Nisa, perempuan tu menarik hati akulah, aku ingat aku nak jumpa dengan dia lah,"  sambungku.

"Macam mana kau nak cari?"  Nisa mempersoalkan hajatku, 

"Nak seribu daya lah kawan, kalau tak dapat jumpa dia, aku nak cari dia dalam facebook," aku cuba meyakinkan kawanku itu.

"Ikut kaulah Mi," Nisa mengakhiri perbualan kami. Ketika ini, aku melihat Syafikah hanya diam membatu sambil melayan telefon bimbitnya