Friday, December 14, 2012

Salahkah aku?


Salahkah aku

Jika aku meminati kau, kepunyaan yang lain?
Perang hati dan akal tidak pernah dapat dirungkai
Hati kata pergi sedangkan akal kata jangan

Senyuman mu mengheret aku ke lembah ini
tapi, aku bahukan salahmu kepadaku
kerana khilafnya aku tak dapat menyimpan sekecil zarah pun rasa di hati
Rasa ingin denganmu, setiap hari, setiap waktu

Dari senyuman, kau heret ku ke dalam persahabatan
tahukah kau sesungguhnya tindakan mu memberi aku peluang pada hati untuk menerajang rasa cintamu padanya?
sedarkah engkau yang aku sedaya upaya membuat kau bahagia?
Bahagia sehingga kau dapat lupakannya

Tapi aku masih menurut dengan akal ku
aku tau jarak batas dan waktu
aku tanamkan rasa rendah diriku dalam benak pemikiran
supaya aku sedar gagak dan merak tak boleh bersama

Namun jika aku rangkumkan hati dan akal
aku tetap cuba mendapatkan mu
dalam keadaan kau benar-benar perlukan
rasa cinta dalam hati ini pemberian Illahi
mana mungkin aku mampu menolak
tapi aku mungkin mampu mengawal

namun, harus kau ingat
setinggi mana dinding iman dan akal ku
hanya sekelip mata roboh dihancurkan dengan senyuman mu

jadi..

Salahkah aku?