
Alhamdulillah..
Berakhirlah sudah semestar 1 tahun 2 ku
Dengan berakhirnya sem ini turut berakhirlah juga percintaanku dengan dia
Hanya selama Sebulan 2 minggu 4 hari sahaja aku dapat bersama dengannya.
Hanya selama Sebulan 2 minggu 4 hari sahaja aku dapat bersama dengannya.
Sedih..
Sememangnya sedih, tidak ada 1 pasangan kekasih pun yang mahu melalui detik hitam ini,
akan tetapi perkara telah menjadi ketentuan hidupku. Mati hidup semula sekalipun aku harus menerima hakikat bahawa aku dengannya telah berakhir. Tetapi berakhirnya hidupku bersamanya bukan menjadikan berakhirnya duniaku. Aku percaya apa jua yang berlaku mesti ada hikmahnya. Aku redha dengan ketentuan Illahi, kalau inilah yang perlu aku rasai, akan ku tempuhinya dengan tenang
Biarlah
Sememangnya salahku, aku yang gagal menjadi yang terbaik untuknya, Aku bukan membahagiakannya malah aku menambah beban dukanya,
Sekarang
aku akan mulakan dunia baruku, aku ingin mengejar impianku untuk menjadi seorang guru, Hidupku lebih penting, Setiap pertemuan pastinya akan melalui perpisahan dan perpisahan bukan pengakhiran dunia kerana peprpisahan akan menemukan pertemuan yang baru, jadi hadapilah dengan senyuman...=)
LIFE MUST GO ON!!
Biarlah...